• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Muafakat Johor Masih Diteruskan

oleh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Program ‘Bas Muafakat Johor’ masih diteruskan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan pertambahan tiga laluan baharu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Pengangkutan Johor Mazlan Bujang.

Ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini, beliau turut menafikan program ‘Bas Muafakat Johor’ telah digantikan ‘Bas Harapan Johor’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa ia hanyalah salah faham yang timbul ekoran pengenalan ‘Bas Harapan Johor’ di dua laluan di utara negeri Johor.

“Ini salah faham dan dalam sidang dewan yang lepas pun, saya dah cakap kita tidak tukar ‘Bas Muafakat Johor’ kepada ‘Bas Harapan Johor’.

Ia masih berjalan seperti biasa. Kita hanya buat penambahbaikkan dari segi laluan sahaja,” kata Mazlan kepada pemberita selepas sesi pembentangan Belanjawan Johor 2019, di Kota Iskandar, di sini.

Mazlan turut menambah kerajaan negeri Johor juga akur dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk menyeragamkan program bas percuma untuk warga Johor ini menjadi ‘Bas Muafakat Johor’ selepas ini.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Istiadat sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-60 di Dewan Singgahsana Istana Besar, Khamis lepas.

Titah baginda dimuat naik dalam Facebook (FB) rasmi Sultan Ibrahim pada hari yang sama.

“Oleh kerana tuanku bertitah untuk seragamkan (perkhidmatan bas percuma ini) ‘Bas Muafakat Johor’, maka kita akan seragamkannya.

Kita tak pernah tukar pun program tersebut. Malah saya sebagai EXCO dah cakap dalam persidangan lepas segala idea baik dari kerajaan lepas akan kita teruskan,” katanya.

Mazlan turut menjelaskan program ‘Bas Muafakat Johor’ ini menelan kos sebanyak RM25 juta setahun.

Tiga laluan baharu Bas Muafakat Johor melibatkan dua laluan Pagoh-Muar dan satu laluan melibatkan Simpang Renggam-Renggam. – BERNAMA

Tags: Bas Muafakat Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Kesal PH ‘Gadai’ Aset Malaysia Kepada Jepun

Next Post

Beberapa Jalan Sekitar Stadium Bukit Jalil Ditutup

Related Posts

No Content Available
Next Post

Beberapa Jalan Sekitar Stadium Bukit Jalil Ditutup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd