• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Haji, Umrah Digalak Ambil Vaksin Influenza

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Meskipun pengambilan vaksin pneumokokus dan influenza bagi jemaah haji dan umrah tidak diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi namun pengambilan kedua-dua vaksin berkenaan amat digalakkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata bakal jemaah haji dan umrah digalak mendapatkan imunisasi yang komprehensif iaitu vaksin meningokokus yang diwajibkan, pneumokokus dan influenza sebelum berangkat ke Tanah Suci sebagai langkah perlindungan daripada jangkitan penyakit.

“Pengambilan imunisasi secara komprehensif bukanlah hanya untuk jemaah haji dan umrah sendiri malah untuk mengelakkan mereka dari menjadi pembawa virus berkenaan kepada anggota keluarga terutamanya bayi dan kanak-kanak selepas kembali dari mengerjakan ibadah. Jangkitan kepada bayi dan kanak-kanak boleh membawa maut,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Imunisasi Haji dan Umrah bertemakan Imunisasi Sepanjang Hayat di Kementerian Kesihatan di sini hari ini, Dzulkefly berkata vaksin pneumokokus dan vaksin influenza boleh didapati di klinik dan hospital swasta.

Menerusi kenyataan media mengenai Kempen Imunisasi Haji dan Umrah, penyakit pneumokokus dan influenza boleh mengakibatkan radang paru-paru dan ia penyebab utama kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan jemaah haji dan umrah. – BERNAMA

Tags: bakal hajiVaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gani Perlu Jawab Mengapa Musa Tidak Didakwa

Next Post

Gadis Dakwa Dirogol Bapa Tiri Untuk Buang Saka

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

12/10/2022
0

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu...

Next Post

Gadis Dakwa Dirogol Bapa Tiri Untuk Buang Saka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd