• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2019 Terengganu Sediakan Peruntukan RM2.015 Bilion

oleh
25/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu hari ini membentangkan Bajet 2019 dengan peruntukan RM2.015 bilion.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Bajet 2019 bertemakan ‘Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera’ itu berkata peruntukan tersebut adalah lebih besar berbanding RM1.996 bilion dalam Bajet 2018.

Katanya pertambahan peruntukan itu bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat dan kerajaan negeri menjangkakan memperoleh hasil berjumlah RM2.015 bilion menjadikan bajet itu bajet berimbang.

Daripada jumlah tersebut (RM2.015 billion), sebanyak RM66.93 juta merupakan hasil cukai, RM203.53 adalah hasil bukan cukai dan RM1.745 billion merupakan terimaan bukan hasil.

“Secara perinciannya, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan sebanyak RM2.015 bilion untuk perbelanjaan mengurus. Daripada jumlah tersebut, RM600 juta akan dicarumkan kepada kumpulan wang pembangunan untuk perbelanjaan pembangunan.

“Ia termasuk RM186.2 juta untuk projek bayaran tertangguh dan bayaran berjadual. Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta kepada kumpulan wang bekalan air,” katanya.

Menurut Dr Ahmad Samsuri yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, di bawah peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM86.025 juta atau 4.27 peratus akan diperuntukkan bagi perbelanjaan tanggungan manakala RM1.929 bilion atau 95.73 peratus pula diperuntukkan untuk perbelanjaan bekalan.

Menerusi peruntukan perbelanjaan bekalan pula, sebanyak RM285.47 juta untuk emolumen, sebanyak RM197.1 juta untuk perkhidmatan dan bekalan, sebanyak RM24.98 juta untuk aset, sebanyak RM1.42 bilion untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM1.16 juta untuk perbelanjaan lain-lain.

“Di bawah komponen pemberian dan kenaan bayaran tetap sejumlah RM600 juta adalah caruman kepada kumpulan wang pembangunan, RM230 juta diperuntukkan kepada pihak berkuasa tempatan, badan-badan berkanun dan pelbagai agensi.

“Sebanyak RM194 juta diperuntukkan bagi pemberian kepada jabatan kerajaan dan RM400 juta pula diperuntukkan bagi pelbagai program di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan yang akan memberi impak secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Belanjawan tersebut merupakan peruntukan sulung kerajaan pimpinan PAS selepas berjaya mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dengan menguasai 22 kerusi manakala BN 10 kerusi. – BERNAMA

Tags: Bajet 2019Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan PH ‘Tipu’ Jumlah Defisit Negara – Najib

24/10/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memungkiri janji apabila jumlah defisit...

Kerajaan Akan Cuba Bantu Mahasiswa Kalau Ada Bajet

20/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan makanan percuma kepada mahasiswa universiti awam jika mempunyai peruntukan cukup, kata Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd