• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ayat-Ayat Cinta’ Tidak Sesuai Dengan Suara – Farawahida

oleh Ahmad Albab
06/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Farawahida mengakui lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian asal Datuk Sri Rossa adalah sebuah lagu yang sukar dan tidak sesuai dengan suaranya.

Farawahida, 33, yang diumum tersingkir pada konsert minggu keenam Gegar Vaganza 5 (GV5) Ahad lalu berkata, lagu tersebut memerlukan emosi yang lembut.

“Lagu itu susah dan tidak sesuai dengan suara saya. Ia perlukan suara dan emosi yang lembut sedangkan tone suara saya punch,” ujarnya kepada mStar Online.

Akibat kecudang dalam pertandingan itu, dia gagal mara ke konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) minggu hadapan.

Farawahida gagal ke separuh akhir minggu depan.

Dia yang menyanyikan lagu Ayat-Ayat Cinta mendapat markah terendah pada konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Penyanyi yang popular dengan lagu Tanpa Mu ini berkata, dia sudah melakukan yang terbaik dan reda dengan keputusan tersebut.

“Saya sudah buat terbaik dan terlalu berhati-hati, mungkin banyak kesalahan pada bahagian belakang.

“Tidak mengapa kerana anggap ia sebagai takdir dan rezeki saya hanya sampai sini sahaja. Bagi saya terpilih menyertai GV5 sudah bersyukur kerana ramai artis yang nak masuk,” ujarnya.

Dalam pada itu, Farawahida mengakui tertekan sepanjang enam minggu dalam program realiti berkenaan.

Katanya, kesemua artis yang bertanding sudah menunjukkan taring masing-masing.

“Setiap minggu saya rasa tidak cukup masa kerana kita hanya ada Isnin sahaja untuk fikir tentang konsep persembahan.

“Semua sudah tunjuk taring dan saya rasa tidak tahu apa lagi saya nak buat setiap minggu,” ujarnya. – mStar Online

Tags: FarawahidaGegar Vaganza
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zaki Ketuai Mahkamah Tengah Kewangan Dubai

Next Post

Dapur Sebuah Rumah Rosak Akibat Tanah Runtuh

Related Posts

Catat Sejarah! GV7 Dinobat Program Muzik, Tarian Terbaik Asia!

06/12/2021
0

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mencatat sejarah tersendiri apabila membawa pulang anugerah berprestij di Asian Academy Creative Awards...

Hady Mirza, Naqiu Juara Bersama GV6

23/12/2019
0

SHAH ALAM - Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan...

Next Post

Dapur Sebuah Rumah Rosak Akibat Tanah Runtuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd