• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Australia Beri Amaran Serangan Sengkenit

oleh Ahmad Albab
19/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Rakyat Australia diberi amaran agar bersiap sedia untuk berdepan musim serangan sengkenit atau kutu yang dipercayai didorong oleh faktor perubahan cuaca semasa di negara itu.

Gigitan sengkenit boleh menyebabkan penyakit Lyme iaitu penyakit kontroversi berikutan kerajaan dan pihak berkuasa perubatan mendakwa bahawa tiada bukti kewujudannya di Australia.

Sengkenit turut menyebabkan penyakit berbahaya lain termasuk tifus kutu Australia atau ‘demam bertompok-tompok’, kelumpuhan dan alahan teruk yang boleh membawa maut jika tidak segera dirawat.

Dr. Mualla McManus daripada Fakulti Sains Perubatan Universiti Sydney menyatakan, masa awal musim panas yang mengakibatkan keadaan cuaca panas lembap adalah waktu sengkenit paling kerap menghisap darah mangsanya.

“Ini juga musim telur sengkenit menetas iaitu ketika cuaca hujan dan lembap. Serangga itu sukakan kelembapan,” kata McManus yang mengakui orang ramai tidak sedar digigit kutu kerana saiz serangga itu.

Menurutnya, sengkenit boleh mengesan kehadiran manusia menerusi karbon monoksida yang terkandung dalam nafas seseorang individu. – Agensi/Kosmo Online

Tags: AustraliaParasit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd