• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Trafik Ditahan Rogol Gadis

oleh
25/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seorang anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, di sini, ditahan kelmarin, bagi membantu siasatan kes rogol seorang gadis bawah umur.

Anggota polis berusia 38 tahun dan sudah berkahwin itu ditahan selepas mangsa berusia 16 tahun membuat laporan berhubung kejadian yang berlaku pada 17 November lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, suspek dikatakan menahan mangsa dan rakannya berusia 14 tahun yang menunggang motosikal tanpa lesen sebelum membawa mereka ke sebuah apartmen di Kuala Teriang.

Sumber berkata, suspek pada mulanya mengarahkan mangsa menaiki kereta kononnya bagi membuat laporan kerana mereka disyaki mencuri motosikal.

“Suspek kemudian membawa kedua-dua gadis ke sebuah apartmen sebelum bertindak merogol salah seorang daripadanya, selain turut mencabul rakannya dengan meraba buah dada dan meminta mangsa membuka seluarnya.

“Selepas kejadian itu, suspek dikatakan keluar dari apartmen itu untuk bertugas mengawal lalu lintas pada jam 10.30 pagi dan kembali semula ke apartmen itu pada jam 4 petang,” katanya.

Mangsa dan rakannya kemudian bertindak keluar dari apartmen terbabit pada jam 4.30 petang ketika suspek sedang tidur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap anggota terbabit.

“Anggota polis terbabit sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol,” katanya. – BH Online

Tags: kes rogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Masjid Lapan Kubah Unik, Digelar Masjid Russia

Next Post

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Boleh Memecut Pantas Selepas 2020

Related Posts

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

21/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu. Majistret...

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

09/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Next Post

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Boleh Memecut Pantas Selepas 2020

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd