• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Bomba Diserang Dalam Keadaan Kritikal

oleh
27/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang cedera dalam insiden kekecohan di kuil Sri Mahamariamman di USJ 25, Putra Heights berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, mengalami beberapa kecederaan parah akibat daripada insiden itu.

“Muhammad Adib masih belum sedarkan diri dan pemeriksaan pasukan perubatan menemui beberapa kesan lebam di bahagian dadanya.

“Tulang rusuknya turut patah sehingga mengakibatkan kesukaran bernafas,” katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa di Pusat Perubatan Subang Jaya, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Muhammad Hamdan Wahid.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi, Muhammad Adib dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul oleh sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Sumber Bomba berkata mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan telah ditarik keluar dari kenderaan EMRS selain perusuh telah merosakkan kenderaan FRT dan EMRS milik Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata mangsa kini dalam pemantauan rapi pihak hospital dan seramai lima doktor memantau tahap kesihatannya itu dan dimaklumkan tekanan darah mangsa berada dalam keadaan rendah dan tidak berubah.

Beliau juga berkata mangsa yang berasal dari Kedah telahpun bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan.

Terdahulu, Zuraida yang tiba kira-kira pukul 12 tengah hari sempat meluangkan masa bertemu anggota keluarga mangsa dan memaklumkan menjadi ‘personal guarantor’ bagi bil perubatan mangsa.

“Saya cukup kesal dan dukacita dengan kejadian ini, saya bertemu dan menenangkan ahli keluarga, mereka sangat sedih dan trauma, kita sama-sama doakan yang baik-baik untuk mereka.

“Ini adalah hari yang sedih untuk kita, anggota bomba ini menawarkan perkhidmatan mereka untuk apa saja kecemasan, kenapa buat begini kepada anggota bomba,” katanya. – BERNAMA

Tags: anggota bombaKuil Sri Maha Mariamman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PDRM Bakal Terima 75 Anjing K9 – Pengarah Jsj

Next Post

Dua Surau Di Jasin Dicampak Daging Babi

Related Posts

Tanah Jerlus: Anggota Bomba Bergilir Turun Loji IWK

Tanah Jerlus: Anggota Bomba Bergilir Turun Loji IWK

29/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, dilihat...

Anggota Bomba Cedera Terkena Serpihan Letupan Kebakaran

07/03/2022
0

TAIPING : Seorang anggota bomba cedera akibat terkena serpihan letupan ketika operasi memadam kebakaran di Bazar Tsen Loong, Jalan Taming...

Next Post

Dua Surau Di Jasin Dicampak Daging Babi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd