• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Turut Tolak Iktiraf ICERD

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan presidennya, Datuk Salahuddin Ayub berkata rakyat Malaysia perlu mempertahankan keharmonian, kesaksamaan dan kehidupan semua kaum di negara ini.

“Apa-apa yang bertentangan dengan perlembagaan dan budaya negara kita tidak boleh terima, kita ada sistem kita sendiri dan kita ada sikap kita sendiri. Apa terkandung dalam perlembagaan akan kita pertahankan.

“Buat masa ini saya rasa majoriti tidak boleh meratifikasi perkara itu (ICERD) dan ada perkara kita perlu lihat secara teliti. Kita harus pertahan apa yang kita rasakan perlu untuk negara,” katanya.

Salahuddin berkata demikian kepada pemberita selepas program Bicara Minda bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Pada 26 Oktober lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan.

Namun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian dilapor berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu. – BERNAMA

Tags: ICERDPAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd