• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alif Satar Sebak Dapat Tamat Ironman Langkawi

oleh
17/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Gembira, terharu dan sebak… itulah perasaan yang diluahkan selebriti Alif Satar setelah berjaya menamatkan cubaan pertamanya dalam Kejohanan Ironman Langkawi 70.3 di sini, hari ini.

Penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun, yang popular dengan lagu ‘Sesungguhnya Aku’ itu, berjaya mencatatkan masa 6 jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 112.7km itu, melibatkan berenang sejauh 1.6km, berbasikal 90km dan berlari sejauh 21.1 km.

 

View this post on Instagram

 

can’t believe i actually did it.. 1.9km swim,34minutes🏊🏽‍♂️, 90km cycling,3hr5minutes🚴🏽‍♂️,21km run 2hr 53minutes🏃🏽‍♂️.. alhamdullilah, my first Ironman!!! 📸 astroarenhd

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on Nov 17, 2018 at 1:15am PST

“Ini benda yang sangat susah. Walaupun hanya separuh triathlon ia tetap sukar dan saya tidak percaya boleh habiskan dengan catatan masa yang agak baik ini,” katanya ketika ditemui selepaa menamatkan perlumbaannya.

Beliau, yang turut dikenali ramai sebagai pengacara, menduduki tempat ke-446 keseluruhan dari 946 peserta yang bertanding dalam acara itu.

“Saya tidak menghadapi kesukaran dalam displin renang kerana itu kekuatan saya tetapi basikal dan larian sangat mencabar apabila otot saya mulai kejang dan minda saya meminta saya berhenti,” katanya.

Alif berkata keluarganya telah menjadi pendorong utama buat dirinya untuk menghabiskan perlumbaan dan ia bakal menjadi kenangan dan pencapaian peribadi terbaik buat dirinya.

Menurutnya, pengalaman yang dilaluinya dalam perlumbaan ini sesuatu yang berharga untuk terus memperbaiki dirinya.

“Serik? Tidak. InsyaAllah saya akan mencuba untuk melakukan yang lebih baik lagi tahun hadapan,” katanya menjawab pertanyaan jika beliau merasa serik selepas pengalaman yang dilaluinya. – BERNAMA

Tags: alif satarIronman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penerima Anugerah Diraja UniSZA Tekad Ubah Nasib Famili

Next Post

Proses Pemilihan PKR Akan Dikaji Semula – Anwar

Related Posts

Selepas 12 Hari, Alif Satar Kini Bebas Covid-19

04/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon popular, Alif Satar disahkan bebas Covid-19 dan dibenarkan keluar Hospital Melaka, kelmarin. Alif berkata,...

Ibu, Bapa, Adik, Pembantu Peribadi Alif Satar Positif Covid-19

23/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ibu, bapa, adik bongsu dan pembantu peribadi Alif Satar turut disahkan positif Covid-19 hari ini selepas penyanyi...

Next Post

Proses Pemilihan PKR Akan Dikaji Semula - Anwar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd