• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adun Persoal Larangan Merokok Di Restoran

oleh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Beberapa wakil rakyat daripada kerajaan Pakatan Harapan hari ini mempersoalkan tentang isu larangan merokok di restoran yang dijangka dilaksanakan awal bulan depan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, H’ng Mooi Lye menyoal sama ada pengendali restoran dibenarkan menjual rokok di dalam premis masing-masing.

“Sekiranya orang awam dilarang merokok dalam kedai makan, adakah pengendali atau pemilik restoran turut dibenarkan menjual rokok di premis mereka?,” katanya semasa mengemukakan soalan tambahan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

H’ng turut bertanyakan sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mensyaratkan larangan penjualan rokok terhadap pemilik atau pengendali restoran.

“Bagi saya situasi ini sangat sarkastik apabila kita beri mereka (pengendali atau pemilik restoran) jual rokok tetapi kawasan itu tidak boleh merokok,” katanya.

Menjawab soalan H’ng, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata pihaknya tiada maklumat sama ada larangan sedemikian akan dikeluarkan ke atas pengendali atau pemilik restoran.

“Saya tak ada jawapan tepat bagi isu ini, tetapi ada sahaja banyak kedai jual kondom. Bagaimanapun, kita tidak pula ‘buat’ kat situ pun,” katanya disambut gelak tawa wakil rakyat dalam dewan.

Berhubung bilik khas disediakan di restoran untuk ruang merokok, Dr Afif berkata berdasarkan daripada pengumuman kementerian kesihatan, tiada bilik khas dibenarkan dibuat di restoran bagi kawasan perokok.

“Hanya kawasan khas di luar restoran akan diwartakan sebagai tempat merokok. Matlamat ini adalah untuk mengubah semua kawasan sebagai kawasan larangan merokok, kecuali beberapa lokasi tertentu sahaja,” katanya.

Sementara itu ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon turut mempersoalkan penguatkuasaan larangan tersebut berikutan bilangan kakitangan penguat kuasa dikatakan tidak mencukupi.

“Dalam kes denggi pun masih banyak kelemahan daripada aspek penguatkuasaan. Bagaimana kita mahu pastikan penguatkuasaan yang baik dapat dijalankan dalam isu larangan merokok ini?” katanya.

Menjawab soalan itu, Dr Afif mengakui kelemahan itu sudah pun dikenal pasti, selain sudah mengesyorkan kepada Menteri Kesihatan untuk menurunkan kuasanya kepada penguat kuasa PBT.

“Bagaimanapun, ada beberapa isu berbangkit dalam hal ini. Antaranya, kompaun yang akan dikenakan nanti. Adakah ia akan masuk kepada PBT atau disalurkan kepada kerajaan Persekutuan dengan perbincangannya sedang dijalankan,” katanya.

Mulai Disember ini, semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. – BERNAMA

Tags: Larangan Merokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Larangan Merokok Tak Dihentikan

16/06/2020
0

BAGAN SERAI - Kementerian Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makanan dan menambah baik kempen itu bagi...

NGO Tak Setuju Ruang Khas Merokok Di Tempat Awam

10/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Lebih 50 gabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd