• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Kemungkinan Selain Kumpulan Abu Sayyaf Beroperasi Di Malaysia

oleh Cj Mnh
19/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Polis tidak menolak kemungkinan ada kumpulan militan selain Abu Sayyaf beroperasi di Malaysia ketika ini.

Namun kata Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Datuk Mohamed Farid Abu Hassan, hanya kumpulan Abu Sayyaf yang dikesan aktif menjalankan kegiatan mereka.

“Ada ramai pesimpati (Abu Sayyaf) di Malaysia tapi yang aktif tak sebegitu ramai. Ia ada di setiap negeri namun dalam jumlah yang amat sedikit,” katanya selepas merasmikan projek naik taraf Balai Polis Selising di sini yang turut dihadiri Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tujuh individu warga Filipina dan seorang lelaki tempatan yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Okt hingga 12 Nov lalu.

Mengulas lanjut, Mohamed Farid berkata kumpulan itu bergerak menggunakan dana yang disalurkan oleh pesimpati yang diberi menerusi pelbagai cara bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kutipan dana selalunya dalam bentuk tunai namun disalurkan dalam pelbagai bentuk (kepada kumpulan militan) dan tidak menggunakan sistem perbankan negara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pembinaan Balai Polis Selising dimulakan pada 1981 di atas tapak seluas 1.02 hektar sebelum melalui beberapa proses naik taraf sehingga yang terakhir pada 2005.

Katanya Balai Polis Selising yang mempunyai kekuatan sembilan anggota termasuk seorang sarjan mejar memberi perkhidmatan kepada kira-kira 29,000 penduduk di kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: kemungkinankumpulan Abu Sayyaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sabah Tembak Mati 5 Ahli Kumpulan Abu Sayyaf

18/05/2021
0

KOTA KINABALU - Polis Sabah melumpuhkan kumpulan kecil militan Abu Sayyaf (ASG) selepas menembak mati lima lelaki di kawasan setinggan...

7 Lelaki Disyaki Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan

21/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki warga Filipina disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Abu Sayyaf (ASG) ditahan di sekitar Selangor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd