• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

92,682 Perniagaan Sudah Daftar SST

oleh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 92,682 perniagaan telah berdaftar di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga 23 Oktober lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata daripada jumlah itu, 57,298 perniagaan berdaftar di bawah cukai perkhidmatan manakala 35,384 di bawah cukai jualan.

“Peniaga yang gagal mendaftar SST melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM30,000 atau pemiliknya boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah syarikat yang telah berdaftar SST sehingga September 2018.

Lim berkata peniaga yang disabit kesalahan mengelak daripada membayar cukai akan dikenakan kompaun tidak lebih 50 peratus daripada jumlah denda maksimum.

Namun, beliau berkata memandangkan SST adalah cukai yang baru dilaksanakan pada 1 September lepas, Jabatan Kastam mengambil pendekatan yang lebih mesra, prihatin dan lembut.

“Kita nak gunakan pendekatan pendidikan, oleh itu pada masa ini kita masih berusaha menasihati syarikat-syarikat untuk segera berdaftar.

“Jabatan Kastam tidak bercadang ambil tindakan dulu tetapi kita akan beri tempoh dan kalau masih berdegil juga, baru ambil tindakan seperti yang saya nyatakan tadi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd