• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Kanak-Kanak, Remaja Sertai Program Berkhatan

oleh Ahmad Albab
30/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELAGA – Seramai 70 kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 20 tahun dari kawasan Petempatan Semula Bakun (BRS) Sungai Asap di sini terlibat dalam program berkhatan beramai-ramai bersempena Karnival Kesihatan dan Sunathon 2018 anjuran Yayasan Ikhlas dan Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit.

Program yang dibuka kepada peserta Islam dan bukan Islam itu turut melibatkan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Urusetia Saudara Kita (USK) serta beberapa NGO lain.

Seorang kanak-kanak masyarakat Kenyah, Elton Coton, 10, dari Uma Baha berkata dia menyertai acara berkhatan itu selepas didorong oleh ibu bapanya.

“Saya tidak takut, sebab ada dua orang abang turut sama datang untuk berkhatan hari ini. Cuma selepas proses selesai ada la rasa sakit sikit tetapi OK la,” katanya ketika ditemui di Dewan Serba guna Sungai Asap, di sini.

Menurut ibunya Elizabeth Ngang, 47, selain Elton dua lagi anaknya iaitu Collin, 15 dan Jeremy, 13 turut menyertai program tersebut.

“Berkhatan baik untuk kebersihan dan kesihatan, sebab itu kita dapat lihat di Sarawak perkara biasa untuk orang bukan Islam turut sama berkhatan. Program hari ini sangat baik kerana memudahkan kami di kawasan ini tambahan pula program ini adalah percuma,” katanya.

Bagi Pengerusi USK Sungai Asap, Norayu Chen Abdullah@Chen Avun berkata kira-kira 10 anak kepada komuniti Saudara Kita (saudara baharu) yang dibentuk daripada beberapa kelompok masyarakat Orang Ulu di kawasan tersebut menyertai program berkenaan.

“Kalau tidak ada program seperti ini kami perlu bawa anak-anak ke Bintulu untuk berkhatan di sana. Kos dianggarkan kira-kira RM100 hingga RM150 seorang, itu belum masuk lagi kos perjalanan ke Bintulu yang terletak kira-kira 150 kilometer dari sini,” katanya.

Sementara itu Pengarah Program Karnival Kesihatan dan Sunathon, Dr Mohd Naqib Ahmad Napis berkata majlis berkhatan tersebut merupakan acara tahunan yang dianjurkan sejak 2016.

Beliau berkata program tahun ini diadakan di empat tempat berbeza bermula di Song, Kapit, Belaga dan Sungai Asap, dari 24 hingga 30 Nov.

“Di Song seramai 39 orang berkhatan; Kapit (58 orang), Belaga (60 orang) dan di Sungai Asap 70 orang. Seramai 30 orang doktor dari Semenanjung dan Sarawak menjayakan program kali ini. Mereka juga dibantu oleh sukarelawan daripada beberapa NGO.

“Program diadakan sebagai khidmat bakti I-Medik dan Yayasan Ikhlas di kawasan pedalaman yang agak sukar mendapatkan perkhidmatan berkhatan ini. Program ini menarik minat bukan sahaja orang Islam, tetapi juga bukan Islam seperti Iban, Orang Ulu turut sama datang, lebih separuh adalah bukan Islam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Berkhatankanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd