• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Parah, Van Bertembung Kontena

oleh Ahmad Albab
02/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Enam lelaki warganegara Nepal parah apabila van yang dinaiki mereka bertembung dengan kontena mesin pengorek berhampiran kawasan pembinaan Terminal Perairan Dalam Pengerang, Sungai Rengit, di sini, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Faizal Ahmad, berkata empat lagi lelaki warganegara Nepal dan seorang warga tempatan yang menaiki van sama, hanya cedera ringan.

Katanya, kesemua mangsa berusia antara 25 hingga 30-an yang cedera itu kemudian dihantar ke Pusat Kesihatan Sungai Rengit untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, sebuah jentera dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 8.13 pagi.

MANGSA yang cedera selepas sebuah van yang hilang kawalan sebelum bertembung kontena mesin pengorek dalam kejadian berhampiran kawasan pembinaan Terminal Perairan Dalam Pengerang, Sungai Rengit, Kota Tinggi. – Foto Ihsan Bomba Johor

“Kejadian berlaku kira-kira 10 meter dari jalan utama. Kemalangan dipercayai berlaku apabila van berkenaan hilang kawalan dan melanggar kontena yang berada dalam keadaan parkir.

“Pemandu van dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bersebelahan, lalu bertembung kontena berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Faizal berkata, bahagian depan van remuk akibat pelanggaran itu.

“Ketika kemalangan, cuaca baik dan tidak hujan. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.41 pagi,” katanya. – BH ONLINE

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd