• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Warga Nigeria Ditahan Edar Buku Keagamaan

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tiga wanita dan dua lelaki Nigeria ditahan kerana cuba mengedar buku keagamaan di tepi jalan Lebuh Carnavon, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata mereka yang berumur 25 hingga 30 tahun itu ditahan ketika sedang mengedar buku bertajuk “Rhapsody Of Realities” di kawasan berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang.

“Kami menerima maklumat berhubung sekumpulan warga asing mengedarkan risalah dan majalah yang dipercayai cuba menyebarkan fahaman agama Kristian di beberapa lokasi di sekitar George Town dan Lebuh Carnavon.

“Sebelum ini, kami turut menerima satu laporan di Balai Polis Central berhubung kegiatan yang sama dan siasatan awal mendapati lima individu itu turut terlibat. Polis juga merampas buku keagamaan yang diedar mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, mereka berrsama tujuh lagi individu datang ke Pulau Pinang pada Selasa dengan menaiki kenderaan sendiri dan polis sedang mengesan rakan-rakan mereka bagi membantu siasatan.

Che Zaimani berkata lima individu warga Nigeria itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung pengedaran buku keagamaan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pihaknya menerima tiga laporan polis berhubung aktiviti pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam seperti yang tular di laman sosial.

Beliau berkata laporan itu diterima daripada bapa seorang pelajar sekolah berkenaan dan dua wakil pertubuhan kerajaan yang bimbang dengan kegiatan yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku itu.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian itu berlaku pada 2 Nov lepas antara pukul 12.10 tengah hari hingga 12.30 tengah hari…dua lelaki mengedarkan buku kecil (kitab Bible) di bahagian pintu hadapan manakala seorang lagi mengedarkannya di pintu belakang sekolah berkenaan.

“Dikatakan sejumlah lebih kurang 200 Kitab New Testament (Psalms Proverbs) telah diedar kepada hampir lebih kurang 200 pelajar Melayu, Cina dan India sekolah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata polis akan mengadakan lawatan ke sekolah itu hari ini bagi mengesan saksi dan pelajar yang telah menerima kitab berkenaan bagi membantu siasatan kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: bukuwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar

Next Post

“Cukup-Cukuplah Panggil Najib Penyamun, Pencuri”

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

"Cukup-Cukuplah Panggil Najib Penyamun, Pencuri"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd