• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4.03 Juta Saman AES Berjumlah RM605 Juta Dibatalkan

oleh Cj Mnh
14/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA — Semua 4.03 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang belum dibayar sejak 2012 sehingga 31 Ogos lalu telah dibatalkan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata berdasarkan Pusat Data Bahagian Teknologi Digital, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bayaran saman AES bagi kesalahan had laju dan langgar lampu isyarat yang dikeluarkan sebelum 1 September lalu adalah berjumlah RM605 juta.

“Saya telah mendapat kepastian daripada pihak pengurusan pusat data ini bahawa semua saman telah diputihkan daripada sistem. Ini bermaksud apa-apa saman AES sebelum 1 September lalu sudah tiada lagi dalam data,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Data Bahagian Teknologi Digital JPJ, di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 60,444 saman AES atas kesalahan melanggar had laju telah dikeluarkan sejak 1 September lepas sehingga 8 November lalu namun hanya 1,711 saman yang dijelaskan.

Bagi tempoh yang sama untuk kesalahan melanggar lampu isyarat pula, beliau berkata sebanyak 4,575 saman AES telah dikeluarkan namun hanya 167 saman telah dibayar.

Menurutnya, sebanyak 1,190 kes saman AES telah dibawa ke mahkamah di Kedah, Perak dan Pulau Pinang sejak 1 September lalu namun tiga individu sahaja hadir ke mahkamah.

Beliau berkata waran tangkap akan dikeluarkan terhadap individu yang gagal hadir di mahkamah dan akan disenarai hitam daripada memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga saman AES dijelaskan.

Loke berkata JPJ akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang ingkar untuk membayar saman AES dalam tempoh 60 hari termasuk dihadapkan ke mahkamah.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata kementerian bersetuju​​​​​​​ mengecualikan bayaran sebanyak RM10 untuk setiap permohonan maklumat sesebuah kenderaan berdaftar susulan langkah membenarkan beberapa set data JPJ diklasifikasikan sebagai data terbuka.

Beliau berkata pengecualian bayaran fi berkenaan untuk terbitan data di portal data.gov.my sahaja.

“Walaupun keputusan ini seolah-olah merugikan kerajaan kerana kutipan hasil akan dilepaskan, namun ia sebenarnya menguntungkan semua kerana kebolehcapaian (akses) maklumat kepada orang awam dan industri secara terbuka dan efisien,” katanya.

Sebelum ini, katanya, melalui bayaran permohonan berkenaan, kerajaan mengumpul hasil sebanyak RM4 juta dalam tempoh 2007 sehinga 2017 dan RM1.93 juta untuk setakat tahun ini.

Loke berkata sehingga kini, Kementerian Pengangkutan beserta kesemua agensi di bawahnya telah menyumbangkan sebanyak 334 set data yang berkaitan dengan bidang pengangkutan di Malaysia.

“Sasaran kementerian adalah untuk menyumbang sebanyak 400 set data pada tahun ini,” katanya.

Menurutnya, syarikat swasta dan orang awam boleh mengakses data terbuka untuk sektor udara, maritim, darat pengangkutan dan rel di portal di laman web rasmi kementerian www.mot.gov.my dan juga data.gov.my – BERNAMA

Tags: dibatalkansaman AES
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2023: Projek Jana Wibawa RM7 Bilion Dibatalkan

Belanjawan 2023: Projek Jana Wibawa RM7 Bilion Dibatalkan

24/02/2023
0

PETALING JAYA – Projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion, Jana Wibawa berjumlah RM7 bilion dan projek lain yang dibuat secara...

Sambutan Ambang Tahun Baharu Di Dataran Merdeka Dibatalkan

Sambutan Ambang Tahun Baharu Di Dataran Merdeka Dibatalkan

21/12/2022
0

PUTRAJAYA – Sambutan Ambang Tahun Baharu yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember depan dibatalkan oleh kerajaan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd