• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Individu Ditahan Dalam Operasi Cegah Jenayah Di KK

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis menahan 16 individu termasuk tujuh daripadanya terlibat dalam kes jenayah mencuri dan pecah rumah susulan operasi cegah jenayah dijalankan di empat lokasi sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata kesemua individu terbabit adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur dalam lingkungan 11 hingga 56 tahun.

Beliau berkata operasi enam jam bermula 2 petang Sabtu itu dijalankan dengan kerjasama agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Operasi ini memberi tumpuan lokasi mempunyai PATI yang mengundang kepada kegiatan jenayah di sekitar bandar raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Habibi berkata kes tangkapan PATI akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dua kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Selain itu, tiga kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan dua kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan mencuri,” katanya.

Operasi itu akan diteruskan pada masa akan datang dan orang ramai dialu-alukan menyalur maklumat kepada pihak polis termasuk melalui media sosial dalam usaha membanteras jenayah, PATI dan gejala negatif di daerah ini, katanya. – BERNAMA

Tags: cegah jenayahoperasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

19/07/2024
0

TOKYO: Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai, kata unit...

3,000 Pengunjung Saksi Fenomena Laut Terbelah Di Langkawi

Ferrari Antara Kenderaan Disita Dalam Operasi

11/02/2024
0

Kuantan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menyita sebuah kereta Ferrari kerana didapati mempamerkan nombor pendaftaran milik kenderaan lain dalam Operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd