• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zeti Terima Anugerah Diraja Kewangan Islam

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 71, hari ini, menerima Anugerah Diraja Kewangan Islam 2018.

Beliau adalah penerima wanita pertama sejak anugerah itu diperkenalkan pada tahun 2010

Anugerah Diraja dwitahunan itu dianjurkan bersama oleh BNM dan Suruhanjaya Sekuriti yang mengiktiraf serta memberi penghargaan kepada mereka yang berwawasan yang mana pencapaian serta inovasi mereka memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan kewangan Islam, ekonomi global juga kemajuan sosial masyarakat di seluruh dunia.

Pengerusi Juri, Tun Musa Hitam, berkata Zeti diberikan penghargaan anugerah berprestij itu kerana pencapaian dan kepemimpinan luar biasanya dalam mengembangkan sempadan kewangan Islam dalam arena kewangan Islam tempatan dan global.

“Diiktiraf dengan meluas kerana peranannya dalam pembangunan global kewangan Islam, sumbangan, dedikasi dan kepemimpinan Tan Sri Dr Zeti dalam kemajuan industri kewangan Islam memberikan inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya pada sidang media sebelum penganugerahan itu di sini, hari ini.

Zeti menerima anugerah itu daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada majlis makan malam sempena Forum Kewangan Islam Global 2018.

Mengulas mengenai anugerah diraja itu, Zeti berkata, ”Adalah sesuatu yang istimewa dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan dalam pembangunan kewangan Islam. Anugerah ini bagaimanapun, mewakili pengiktirafan kepada mereka yang kembara bersama saya dalam perjalanan penuh bermakna ini.

“Dengan berasa rendah hati, saya menerima anugerah ini bagi pihak mereka.”

Ujar Zeti lagi, industri kewangan Islam mengalami pertumbuhan dan pembangunan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam tiga dekad kebelakangan ini.

Ia juga dinamik dan berkembang untuk memenuhi keperluan ekonomi moden yang pantas berubah, katanya.

“Dalam kita meneruskan perjalanan ini, kita perlu meneroka bidang baru dalam membawakan nilai yang hebat kepada ekonomi, masyarakat dan alam sekitar,” katanya.

Beliau menyatakan, pembabitannya dalam memulakan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam adalah saat yang paling diingati dalam mengembangkan industri kewangan Islam di negara ini.

Menurut Tun Musa, anugerah bagi 2018 menerima jumlah pencalonan tertinggi dengan 53 pencalonan untuk 30 nama daripada pencadang tempatan dan antarabangsa.

Penerima anugerah dipilih oleh juri bebas antarabangsa yang terdiri daripada pemimpin terkemuka, sarjana shariah serta pengamal dan ahli akademik kewangan Islam.

Sejak 2010, Anugerah Diraja berkenaan diberikan kepada empat individu terkemuka yang berjaya dalam meningkatkan kewangan Islam di peringkat global melalui pencapaian dan sumbangan besar mereka.

Mereka adalah, Ahli Perniagaan Arab Saudi, Shaikh Saleh Abdullah Kamel pada 2010, Tokoh Perbankan Islam India, Iqbal Khan (2012), Bekas Ahli Perbankan Malaysia, Dr Abdul Halim Ismail (2014) dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif International Islamic Liquidity Management Corporation, Profesor Datuk Rifaat Ahmed Abdel Karim (2016).

Zeti, yang disenaraikan sebagai ketua bank pusat terbaik dunia pada 2009 oleh majalah Global Finance, bersara pada April 2016 selepas bersama BNM selama 35 tahun dan menerajuinya selama 16 tahun.

Antara lain, beliau turut menerima penghormatan daripada The Wharton School, University of Pennsylvania dengan plak “Ben on the Bench” pada 2016 yang juga insan pertama di dunia menerima penghormatan itu. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TUDM Mula Hantar Misi Bantuan Ke Sulawesi

Next Post

JPJ Kesan Tonto Lindungi ‘Ulat Teksi’ Di KLIA, KLIA2

Related Posts

Belanjawan 2019 Dijangka Bersifat Inklusif

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2019 yang amat dinanti-nantikan, akan dibentangkan pada Jumaat ini, dijangkakan bersifat inklusif dan memberi manfaat kepada...

Zeti Simpan Rapi Surat Tun Dr Siti Hasmah Penuh Berinspirasi

30/10/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini berkongsi rahsia beliau yang amat menghargai sepucuk...

Next Post

JPJ Kesan Tonto Lindungi 'Ulat Teksi' Di KLIA, KLIA2

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd