• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Jepun Diculik Selamat Tiba Di Tanah Air

oleh Cj Mnh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Wartawan Jepun yang diculik di Syria lebih tiga tahun lalu selamat tiba di negara kelahirannya itu petang tadi dan disambut dengan tangisan gembira oleh semua keluarga selepas sekian lama hidup dalam ‘neraka’.

Jumpei Yasuda yang dibebaskan awal minggu ini dan dibawa ke Turki, bertemu semula dengan isterinya, Myu, ibu bapa serta saudara mara lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

“Saya memohon maaf kerana menyusahkan dan membuat anda semua risau tetapi terima kasih, kerana bantuan anda membolehkan saya kembali dengan selamat,” katanya dalam kenyataan ringkas yang dibacakan isteri beliau kepada media.

Beliau enggan bertemu media tetapi berjanji akan memberikan sidang akhbar untuk berkongsi pengalaman.

Terdahulu dalam penerbangan ke Tokyo, Yasuda ditemuramah secara ringkas oleh media Jepun dan menceritakan pengalaman hidup sebagai tawanan.

“Ia sangat dahsyat,” katanya yang memiliki janggut panjang bersama rambut dipenuhi uban.

“Bukan hanya fizikal tetapi juga mental. Tanggapan bahawa saya tidak akan dibebaskan membuatkan sedikit demi sedikit saya hilang kawalan,” katanya.

Yasuda kelihatan tenang tetapi kelihatan teruja dan letih namun masih berada dalam keadaan sihat.

“Selama hampir 40 bulan saya langsung tidak bertutur bahasa Jepun dan agak sukar untuk saya bercakap.

“Saya gembira dapat pulang semula ke Jepun. Pada masa sama, saya tidak tahu apa akan berlaku sekarang dan apa yang perlu dilakukan. Saya agak buntu dan tak tahu apa patut difikirkan,” katanya. – AFP

Tags: Diculikwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd