• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warkah Isteri Zahid Minta Rakyat Sokong Suami

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datin Seri Hamidah Khamis, isteri kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli dan penyokong parti itu memberi sokongan kepada suaminya yang dijangka didakwa esok oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permintaan itu dinyatakan dalam rakaman audio bertajuk Warkah Untuk Rakyat Malaysia dan Penyokong UMNO yang diedarkan kepada media tengah hari ini.

Antara lain, beliau meminta penyokong UMNO dan rakyat bangkit demi Malaysia tanah air tercinta dengan memberi sokongan dan bersatu padu kepada Presiden parti yang akan hadir ke ibu pejabat SPRM petang ini, malam ini dan esok di mahkamah.

Mengikut laporan media, Ahmad Zahid dikehendaki hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 3 petang ini selepas suruhanjaya itu menyerahkan notis serah diri pad ajam 1.45 petang semalam.

Susulan itu, beliau dikatakan mungkin didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, esok.

Dalam audio berkenaan, Hamidah juga meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya meneruskan pembangunan sedia ada dan mengurus tadbir negara secara baik, selaras dengan amanah yang diberikan oleh Allah kepada mereka.

Namun, katanya, ada perasaan dendam yang membara, menyebabkan rakyat dibohongi dan dikhianati sehingga orang Melayu memusuhi, bercakaran dan meruntuhkan antara satu sama lain, sekaligus menghancurkan bangsa dan agama.

Beliau juga menggesa bangsa Melayu tidak merosakkan martabat Melayu dan terus menyokong Ahmad Zahid yang sanggup berkorban demi bangsa dan agama.

Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah Presiden UMNO itu difitnah dan dimalukan serta cubaan untuk mematahkan dan melenyapkan UMNO dalam sejarah.

Beliau juga meminta pejuang UMNO jangan menggadai maruah UMNO serta menjadi alat kepada mereka yang berjiwa dan bernafsu besar. – BH Online

Tags: Hamidah Khamissokongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Tegaskan Semula Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Perjuangan Palestin

Malaysia Tegaskan Semula Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Perjuangan Palestin

23/09/2024
0

NEW YORK: Malaysia menegaskan semula sokongannya yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dan komited untuk menggerakkan usaha melaksanakan resolusi...

SAPP Ulangi Sokongan Terhadap GRS, PN

SAPP Ulangi Sokongan Terhadap GRS, PN

27/11/2022
0

Kota Kinabalu : Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengulangi sokongan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terhadap kerajaan perpaduan seperti yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd