• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Digilis Bas Di Larkin Sentral

oleh Cj Mnh
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas maut selepas digilis sebuah bas ekspres di Terminal Bas Larkin Sentral di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata mangsa Er Shok Siew, 80, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 7.50 malam ini ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa terlibat dalam kemalangan di mana kedua-dua kaki digilis sebuah bas ekspres di terminal terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Shahurinain berkata pemandu bas berusia 61 tahun itu akan ditahan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, gambar dan video berdurasi 26 saat yang menunjukkan seorang wanita cuba melintas dalam kawasan terminal sebelum digilis sebuah bas ekspres, telah tular di media sosial.

Dalam kenyataan berasingan, Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir berkata pihaknya telah meminta pihak pengurusan terminal untuk mengemukakan laporan segera berhubung kejadian terbabit. – BERNAMA

Tags: digilis baswarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd