• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Palestin Kuasai Trek ‘Drift’

oleh Cj Mnh
10/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHARM EL SHEIKH – Pelumba Palestin, Noor Daoud, wanita tunggal menguasai trek di pusat peranginan Laut Merah di sini, menawan hati penonton dengan kemahiran pemanduan ‘drift’.

Daoud menguasai kemahiran drift, sengaja mengemudi stereng untuk menjadikan roda tergelincir, berkunjung ke pusat peranginan di sini untuk pertandingan serantau.

“Sejak kecil, saya terbiasa berkumpul dengan lelaki untuk bermain bola sepak atau tenis,” kata wanita berusia 27 tahun ketika ditemui di luar pertandingan itu.

Berlumba kini menguasai hidupnya, buktinya dapat dilihat di Instagram di mana beliau sering bergambar memakai baju kulit perlumbaan.

“Saya gemarkan kereta sejak kecil dan memiliki koleksi bermain,” kata Daoud, penutur pelbagai bahasa yang lahir di Texas, Amerika Syarikat (AS) dan bersekolah di sekolah Perancis di Baitulmaqdis.

Di sini, beliau mengelilingi trek batu tar dan mengelak halangan ketika asap putih tebal dan percikan keluar dari kenderaannya.

Daoud terpaksa melupakan pusingan kedua berikutan kegagalan enjin, namun masih menerima trofi untuk penyertaan sebagai wanita tunggal.

Beliau berharap wanita Arab lain mengambil bahagian dalam pertandingan profesional.

“Biarkan gadis Arab tunjukkan kepada dunia kita juga mahu mengejar impian,” katanya. – AFP

Tags: driftPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd