• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut, Rempuh Belakang Lori Rosak

oleh Ahmad Albab
18/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang wanita maut manakala menantunya cedera apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori membawa muatan kayu getah yang rosak di Kilometer 37, Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dekat Merapoh, Lipis awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata mangsa yang maut dalam kemalangan pukul 3.50 pagi itu ialah peniaga kedai makan Khatijah Awang, 53, yang berasal dari Kampung Raja, Besut di Terengganu.

Manakala menantunya Haszlan Hashim, 34, yang merupakan juruteknik di Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (START) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hanya cedera ringan pada tangan kiri.

Mereka difahamkan dalam perjalanan ke Raub, dekat sini dari Besut.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Haszlan tidak menyedari lori yang berada dalam keadaan makan jalan di lorong perlahan menyebabkan dia tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori berkenaan.

“Pemandu lori mendakwa berhenti di situ kerana tayar kiri belakangnya pecah dan telah meletakkan segi tiga tanda kecemasan dalam jarak 10 meter dari lorinya,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Azry Akmar menambah pemandu lori Siow Yew Khen, 31, yang beralamat di Ipoh, Perak tidak mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

Beliau menambah jenazah Khatijah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan menantunya juga kini dirawat di hospital sama.

Kemalangan menyebabkan kereta itu remuk teruk pada bahagian hadapan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kemalangan mautWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Pahang Nyatakan Sokongan Kepada Zahid

Next Post

Tol: Kerajaan Kaji Alternatif Kurang Beban Rakyat

Related Posts

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Budak 7 Tahun Mangsa Ketiga Maut Dalam Kemalangan Di LTU

Budak 7 Tahun Mangsa Ketiga Maut Dalam Kemalangan Di LTU

16/06/2025
0

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa ketiga maut akibat kemalangan kereta dan lori di Kilometer 37, Jalan Lingkaran Tengah Utama...

Next Post

Tol: Kerajaan Kaji Alternatif Kurang Beban Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd