• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VMY2020: 30 Juta Pelancong, Jana RM100 Bilion

oleh
26/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020) menyasarkan ketibaan 30 juta pelancong ke Malaysia dan menjana pendapatan bernilai RM100 bilion daripada industri pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Untuk itu, katanya pihaknya sedang mempergiat pemerkasaan kerjasama dengan pemain industri pelancongan tempatan dalam membangunkan pelancongan yang menarik dengan tawaran harga yang berpatutan kepada semua segmen pasaran.

Katanya semua usaha yang sedang digerakkan terbabit memerlukan jumlah kewangan besar kerana misi mengangkat Malaysia sebagai sebuah destinasi pilihan masyarakat dunia adalah satu tugas besar.

“Di pihak kementerian, saya melihat perlunya jumlah bajet yang besar diperuntukkan bagi merealisasikan impian itu.

“Sebab itu saya sebelum ini ada mencadangkan agar Cukai Pelancongan diletakkan di bawah kementerian ini kerana saya yakin ia boleh melancarkan lagi tujuan promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain menjalinkan usaha sama dengan syarikat penerbangan bagi menawarkan pakej bersesuaian dengan harga berpatutan, Mohamaddin berkata pihaknya juga mengadakan kolaborasi dengan pusat membeli belah utama untuk menarik pelawat asing memilih Malaysia sebagai pilihan utama percutian.

“Kami juga bekerjasama dengan enjin carian seperti Google, Weibo dan WeChat bagi pasaran China dan ejen pelancongan dalam talian seperti Booking.com, Traveloka dan Expedia bagi memastikan Malaysia sebagai ‘top of the mind destination,” katanya.

Mohamaddin berkata kementerian juga sedang giat mengalakkan pembangunan produk pelancongan baharu dan unik seperti The Habitat Penang Hill, Escape Theme Park Penang, Desaru Coast Malaysia, Encore Melaka Impression Series dan 20th Centre Fox World Malaysia Genting.

Mengulas pandangan Pengerusi Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) Datuk Garry Chua, Mohamaddin berkata melalui produk pelancongan baharu yang bakal siap tahun hadapan, serta pemasaran dan peningkatan kesalinghubungan, lebih ramai pelancong dari China akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka.

Chua dilaporkan berkata agar kerajaan tidak mengambil mudah kemasukan pelancong dari China yang berbelanja besar di seluruh dunia dengan jumlah kutipan perbelanjaan dianggarkan hampir US$260 bilion. – BERNAMA

Tags: Mohamaddin Ketapi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Warisan, Mohamaddin Tinggalkan Bersatu Pula

Selepas Warisan, Mohamaddin Tinggalkan Bersatu Pula

28/06/2022
0

Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi yang juga Adun Segama hari ini mengumumkan tindakannya keluar dari Bersatu. Ikuti Mynewshub: Telegram Katanya,...

Mohamaddin Ketapi Tinggalkan Warisan

02/11/2021
0

KOTA KINABALU - Situasi Parti Warisan (Warisan) yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekali lagi bergolak apabila salah seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd