• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Viagra Himalaya Makin Pupus

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Sejenis kulat yang dianggap lebih berharga daripada emas dikenali sebagai ‘Viagra Himalaya’ di Asia semakin sukar dicari kerana perubahan cuaca, kata penyelidik.

Selama bertahun-tahun, ramai pengumpul ubat ajaib ini di China dan Nepal dilaporkan terbunuh hanya kerana sejenis kulat yang sukar ditemui iaitu ‘yarchagumba’ atau dikenali sebagai Ophiocordyceps sinensis.

Kulat yang tidak dipastikan keberkesanannya dan sering direbus untuk dijadikan teh atau sebahagian hidangan sup itu dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit, daripada mati pucuk hingga barah.

Menurut laporan Prosiding Akademi Sains Kebangsaan, sebuah jurnal Amerika Syarikat yang dikaji semula, kulat itu antara komoditi paling berharga di dunia, selain memberikan sumber pendapatan kepada ratusan pengumpul.

Penyelidik berkata, dalam beberapa dekad kebelakangan ini, populariti kulat terbabit melonjak, manakala harganya meningkat dan ia boleh mencecah tiga kali ganda berbanding harga emas di Beijing.

Walau ramai mengesyaki aktiviti penuaian berlebihan menjadi antara punca komoditi berharga ini semakin berkurangan, pakar turut menemu bual pengumpul dan peniaga, selain mengkaji corak cuaca, faktor geografi serta keadaan persekitaran.

Menurut ketua kajian, Kelly Hopping dari Universiti Stanford, walaupun penduduk tempatan mula mengurangkan jumlah tuaian, pengeluaran tetap berkurangan akibat kesan perubahan cuaca.

Bagaimanapun pengkaji masih gagal menentukan sama ada penuaian berlebihan atau perubahan cuaca memberi impak paling besar terhadap kulat berharga ini. – AFP/myMetro Online

Tags: Perubatanviagra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Palestin Maut Ditembak Di Kepala

Next Post

Atlet Terengganu Pula Positif Ujian Doping

Related Posts

KKM Alu-Alukan Pemohonan Percubaan Klinikal Produk Ekstrak Kanabis Untuk Perubatan

KKM Alu-Alukan Pemohonan Percubaan Klinikal Produk Ekstrak Kanabis Untuk Perubatan

28/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu-alukan permohonan untuk menjalankan percubaan klinikal ke atas keluaran mengandungi ekstrak kanabis bagi apa-apa...

Indonesia Pertimbang Benarkan Penggunaan Ganja Secara Sah

Indonesia Pertimbang Benarkan Penggunaan Ganja Secara Sah

30/06/2022
0

JAKARTA – Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia akan mengkaji secara terperinci mengenai cadangan penggunaan ganja secara sah untuk...

Next Post

Atlet Terengganu Pula Positif Ujian Doping

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd