• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UniMAP Dipilih Sebagai Perintis PASKAM

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dipilih sebagai universiti pertama ditawarkan kursus kokurikulum baharu iaitu Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang dikelolakan sepenuhnya oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM, Datuk Abdul Rahman Mohammad berkata, buat permulaan seramai 50 anggota kadet telah dipilih menyertai pasukan itu bagi sesi pengambilan September lepas.

“Penubuhan PASKAM bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peranan dan fungsi APMM dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia (ZMM),” katanya selepas merasmikan PASKAM UniMAP di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum UniMAP, Dr Faizul Che Pa dan Pengarah Maritim Kedah/Perlis, Laksamana Pertama Rozali Mohd Said.

Beliau berkata pembelajaran kokurikulum itu yang bermula hari ini merangkumi latihan selama tiga bulan membabitkan teori seperti ceramah berhubung peranan dan tugas APMM serta aktiviti fizikal seperti latihan kawad dan latihan renang.

“Antara pendedahan melalui kursus ini ialah membangunkan kemahiran dalam bidang kelautan seperti renang dan menyelamat serta kepentingan memelihara sumber laut,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMUniMAP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jalan Tun Sardon Ke Balik Pulau Ditutup

Next Post

Sebak Terima Warkah Dari Penjara – Tunku Azizah

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

Next Post

Sebak Terima Warkah Dari Penjara - Tunku Azizah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd