• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-Undang Perlindungan Data Perlu Dikemas Kini

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Malaysia perlu melakukan semakan semula terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 dari semasa ke semasa bagi memastikan akta itu sejajar dengan perkembangan baharu seperti Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Kesatuan Eropah (EU), yang diperkenalkan Mei tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata GDPR adalah rangka kerja baharu bagi undang-undang perlindungan data terpakai bagi semua syarikat yang menawarkan barangan atau perkhidmatan kepada pengguna di EU atau Kawasan Ekonomi Eropah.

Ini,termasuk syarikat Malaysia yang mempunyai hubungan atau urusan perniagaan dengan negara Eropah.

“Syarikat perlu bertindak sekarang terutama kerana undang-undang seperti GDPR EU baharu boleh mengenakan penalti berat terhadap perbuatan tidak mematuhi undang-undang,” kata Gobind Singh ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Tadbir Urus Digital Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA)-Persekutuan Pengiklan Sedunia (WFA) bertemakan ‘The Future of Digital Advertising in a Privacy-First World’ di sini hari ini.

Dalam ucaptama bertajuk ‘Pengkodan Akta Perlindungan Data Peribadi, Gobind berkata PDPA perlu dikaji semula dari semasa ke semasa kerana Malaysia juga menjadi sebahagian daripada ekonomi tanpa sempadan ketika ini serta perlu mengambil kira rangka kerja perlindungan data seperti GDPR.

“Malaysia juga perlu berada setara dengan undang-undang global berkaitan perlindungan data kerana rakyat negara ini bukan sahaja terdedah kepada peruncit tempatan, tetapi juga kepada pihak lain yang ingin menggunakan data mereka bagi pelbagai tujuan,” katanya.

Gobind Singh menegaskan bahawa kesedaran mengenai undang-undang bukan sahaja menjadi keperluan bagi para pakar kerana ia kini menjadi sebahagian penting daripada urusan harian semua pihak.

“Memahami undang-undang secara menyeluruh adalah strategi jangka panjang yang akan membantu mewujudkan lebih banyak nilai perniagaan serta memberi kelebihan daya saing kepada sesebuah syarikat,” katanya.

Beliau berkata, syarikat juga perlu mengambil maklum bahawa walaupun dasar privasi global sudah sedia ada, tetapi ia mungkin perlu disemak semula dan disusun supaya sejajar dengan keperluan Malaysia.

Contohnya, PDPA mewajibkan notis data peribadi dikeluarkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

“Pematuhan ketat terhadap undang-undang akan memastikan sesebuah syarikat sentiasa relevan di peringkat global dan dapat menembusi pasaran baharu, terutama ketika kerajaan di seluruh dunia sering diuji dengan pelanggaran privasi dan data,” kata Gobind Singh. – BERNAMA

Tags: Aktaperlindungan data
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd