• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMT Dan NGO Diveheart Malaysia Realisasikan Impian Enam OKU

oleh
21/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dive Heart Organisation Malaysia membuka lembaran baharu apabila berjaya membawa enam orang golongan kurang upaya (OKU) menyelam di dasar laut Pulau Bidong menerusi Program Dive Heart 2018 yang diadakan selama tiga hari sehingga semalam.

Pengarah Program, Baharim Mustapa berkata seramai 30 orang penyelam skuba dari UMT dan sukarelawan terlibat sebagai dalam program dua hari itu bagi memberi bimbingan khusus kepada OKU berkenaan yang mengikuti kursus mendapatkan lesen skuba peringkat Open Water di Stesen Penyelidikan Alami Marin, Pulau Bidong.

Program ini juga katanya bersifat serampang dua mata di mana para penyelam skuba yang terlibat sebagai sukarelawan turut didedahkan kemahiran membantu OKU di dalam air dengan kebolehan khas, selaras dengan kelayakan UMT sebagai universiti pertama sebagai Diveheart Adaptive Diver Buddy Team.

“Pemilihan stesen penyelidikan ini merupakan aktiviti yang pertama seumpamanya di Malaysia dan Rantau Asia. Program ini memberi lebih ruang kepada mereka yang mempunyai minat mendalam dalam aktiviti selam skuba di samping mencabar diri dan melupakan seketika segala kekurangan diri bagi menikmati keindahan persekitaran marin di Pulau Bidong.

“Di samping itu, ia dapat menonjolkan sifat ingin membantu di kalangan sukarelawan terhadap OKU yang terlibat merealisasikan impian menjadi penyelam skuba rekreasi kelak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Turut hadir, Duta Dive Heart Malaysia, Syed Abd Rahman Syed Hassan dan Pengasas Dive Heart, Jim Elliot.

Sementara itu Syed Abd Rahman ketika ditemui Bernama berkata selain enam OKU yang telah mengikuti kelas khas bersamanya di kolam renang, penyelam profesional yang terlibat juga telah didedahkan dengan kursus khas iaitu PADI Adaptive Techniques Specialty bagi memastikan mahir mengendalikan penyelam OKU ketika berada di dalam air.

“Setiap OKU akan dibantu oleh tiga penyelam normal, iaitu seorang Dive Master dan dua pembantu di kiri dan kanan bagi memastikan mereka dalam keadaan yang selesa dan selamat ketika berada di dalam air,” katanya yang telah berkecimpung dalam aktiviti selam skuba selama lebih 28 tahun.

Seorang peserta, Nurul Fathiah Jamaluddin, 30, yang mengalami kecacatan dari pinggang ke kaki akibat kemalangan jalan raya ketika ditemui Bernama berkata tidak tercapai di akal fikiran yang beliau akhirnya dapat bergerak bebas dalam air menerusi penglibatannya dalam sukan selam skuba.

“Ia umpama rezeki kepada saya, selepas lumpuh lebih 15 tahun, saya berpeluang melakukan aktiviti seperti insan normal yang lain menerusi selam skuba ini…sebab saya ingatkan sebagai seorang OKU yang terbatas pergeraknnya di darat, tidak boleh sertai sukan selam skuba ini.

“Bila dapat peluang ke Pulau Bidong, dengan kemahiran yang dipelajari di kelas selam skuba sebelum ini, saya buang semua ketakutan dalam diri seperti takut lemas dan sebagainya dan yakinkan diri bahawa saya mampu melakukannya.

“Alhamdulillah….semua sesi selaman dapat saya lakukan dengan baik dan berharap dapat lebih aktif dalam sukan selam skuba ini pada masa depan,” katanya yang berasal dari Banting, Selangor itu lagi.

Program itu juga turut diserikan dengan kehadiran Karyawan Tamu UMT, penyanyi Fauziah Latiff yang turut teruja dapat bersama-sama menyelam dan meraikan insan istimewa yang terlibat dalam aktiviti itu. – BERNAMA

Tags: NGOOKUUMT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengecualian Cecair Vape Daripada Senarai Racun: Semakan Kehakiman 3 NGO Diputuskan 15 Mei Ini

Pengecualian Cecair Vape Daripada Senarai Racun: Semakan Kehakiman 3 NGO Diputuskan 15 Mei Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 15 Mei ini untuk memutuskan permohonan semakan kehakiman tiga badan bukan...

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd