• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TV3 Akan Siar Permohonan Maaf Kepada Anwar Dalam Buletin Utama Malam Ini

oleh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan menyiarkan permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam slot Buletin Utama TV3, malam ini selepas kes saman fitnah difailkan Presiden PKR itu terhadap syarikat penyiaran berkenaan diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Anwar turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan maaf sama akan diterbitkan oleh Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) selaku defendan ketiga dalam kes saman itu, di dalam akhbar Utusan Malaysia sebelum 2 Nov depan.

Katanya, kesemua pihak terlibat telah bersetuju untuk menyelesaikan kes saman berkenaan dan memohon supaya mahkamah merekodkan penyelesaian penghakiman persetujuan antara mereka.

“TV3 selaku defendan kedua dan Utusan Melayu bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf terhadap plaintif (Anwar) dan menarik balik kenyataan yang didakwa memfitnah plaintif,” katanya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin, yang kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak terlibat.

Prosiding itu turut dihadiri peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Utusan Melayu dan peguam Lim Qi Si, bertindak bagi pihak TV3. Anwar, yang merupakan Anggota Parlimen Port Dickson dan kedua-dua defendan tidak hadir pada prosiding hari ini.

Pada 28 Sept lepas, kes saman difailkan Anwar terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh Datuk Dr Mazlan Ismail, selaku defendan pertama dalam kes saman itu, selesai selepas Mazlan mengemukakan permohonan maaf kepada Anwar.

Saman itu difailkan Anwar terhadap ketiga-tiga defendan atas dakwaan mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Sangeet berkata selain bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf, kesemua defendan juga bersetuju untuk membayar kos berjumlah RM130,000.

Anwar memfailkan saman itu pada 15 Okt 2015 selepas mendakwa ketiga-tiga defendan telah mengaitkan beliau dengan rasuah membabitkan hakim dan pendakwa raya.

Dalam pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa Mazlan telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam satu sidang media dan menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah itu menerusi Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 dan menyebabkan perkataan fitnah tersebut diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Anwar mendakwa perkataan fitnah itu membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Beliau memohon ganti rugi am, teruk dan injunksi untuk menghalang defendan daripada mengulangi atau menerbitkan semula perkataan memfitnah itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimtv3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kesan konflik di Asia Barat terhadap Malaysia masih terkawal. Bagaimanapun,...

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelarasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd