• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turki Akan Dedah Apa Berlaku Pada Khashoggi

oleh Haris
21/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TURKI akan mendedahkan maklumat yang dimiliki berhubung pembunuhan Jamal Khashoggi dan tidak akan membenarkan apa yang berlaku disembunyikan.

Demikian ditegaskan oleh jurucakap parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Omer Celik, lapor akhbar Turki Daily Sabah.

Kenyataan daripada jurucakap AKP ini menggambarkan pendirian rasmi kerajaan Turki pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Kenyataan AKP ini menunjukkan parti itu berdiri teguh di belakang presiden yang sedang memgendalikan insiden ini.

Erdogan baru-baru ini bersuara mengatakan versi kejadian yang didedahkan oleh pihak Arab Saudi sebagai meragukan.

Beliau tidak terus mendedahkan apa yang didakwa berlaku daripada maklumat perisikan, tetapi menekan Arab Saudi agar mengakui apa yang berlaku.

Riyadh akhirnya mengakui Khashoggi terbunuh dalam satu pergaduhan dalam konsulat Saudi di Istanbul, selepas seminggu bertegas yang Khashoggi sudah meninggalkan konsulat.

Perkembangan terkini memberi gambaran Turki mempunyai maklumat yang cukup tetapi sensitif menyebabkan ia tidak terus mendedahkannya.

Ankara juga pada masa yang sama melakukan rundingan dengan Riyadh, untuk mendapatkan kelebihan politik daripada kejadian ini yang jelas mengakibatkan kos politik yang besar bagi Arab Saudi.

Turki kini sedang menyiasat kes ini dan menurut jurucakap AKP akan mendedahkan maklumat kepada umum tidak lama lagi. – Agensi

Tags: Jamal Khashoggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akhbar Turki Dedah Transkrip Saat Akhir Kematian Khashoggi

11/09/2019
0

ANKARA - Akhbar Turki telah menerbitkan transkrip butiran baharu saat-saat akhir pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi. Pengkritik kerajaan Arab Saudi itu...

Jamal Khashoggi Dicalon Tokoh 2018 Majalah Time

12/12/2018
0

ANKARA - Wartawan Arab Saudi yang dibunuh, Jamal Khashoggi, berada dalam senarai pendek Tokoh 2018 majalah Time, menurut pengumuman penerbitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd