• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tupai Payudara Besar Jadi Sensasi Internet

oleh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WOW!… Sering kali gambar-gambar lucah wanita begitu pantas menular menerusi platform media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi ‘panas’ daripada para netizen yang agak prihatin.

Namun bagaimana pula jika gambar yang dirakam merupakan seekor haiwan kecil dengan ‘aset besar’? Percaya atau tidak, seekor tupai dilaporkan ‘sangat seksi’ kerana memiliki payudara besar sehingga jadi topik perbualan ramai.

Tetapi kali ini, ramai warga Jepun ‘jatuh cinta’ dengan tupai jinak itu setelah dikesan di kawasan khas dalam Taman Inokashira dekat Tokyo yang memang banyak tupai dan dikenakan bayaran masuk hanya 400 yen (kira-kira RM15).

Gambar itu dikongsi secara meluas setelah dimuat naik oleh pengguna dengan nama ‘boblim1204‘ awal bulan ini, bahkan melalui wadah Twitter sahaja, lebih 47,000 netizen tempatan sudah berkongsi foto nadir haiwan tersebut.

Baca: Lelaki Kini Tidak Lagi Minat Wanita Payudara Besar

Juga: Payudara Malaysia Ke-2 Kecil Di Dunia Lepas Filipina

Malah, selepas ia tular disiarkan portal antarabangsa National Geographic, tupai dengan ‘buah dada besar itu’ kini memiliki ramai peminatnya sendiri. Ada yang kata mamalia ini kelihatan seperti watak tupai ‘Chip and Dale‘ Disney.

Taman Inokashira seluas 33 hektar itu sejak dibuka pada 1918 agak terkenal dengan kebun tupai kerana ada 11,060 pokok besar dan 12,800 pokok renek sehingga haiwan tersebut dijadikan sebagai maskot rasmi taman tersebut.

Bagaimanapun ada haiwan lain di tempat itu termasuk spesies tempatan seperti burung, monyet dan rakun. Tupai Jepun amat dilindungi oleh kerajaan kerana merupakan spesies terancam dan sudah pupus di pulau Kyushu.

Keadaan buruk tersebut berlaku ekoran aktiviti pembasmian hutan tanpa kawalan dilakukan manusia sekian lama. Populasi tupai pokok ini hanya boleh dilihat hidup liar di sekitar Honshū dan Shikoku. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: tupai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jurufoto Teruja Kelibat Spesies ‘Rare’ Tupai Albino

17/02/2019
0

SEORANG jurufoto berjaya merakam spesies unik tupai albino di Terusan Lincolnshire, United Kingdom (UK). Stephen Plant pada mulanya berada di...

Tupai Gemuk Tersangkut Celah Lubang Nyaris Maut

20/12/2016
0

BERLIN - Alahai! Seekor tupai di Jerman hampir mati ketika cuba berusaha keras keluar dari lurang sempit penutup longkang setelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd