• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Dr Mahathir Berseloroh Umur Bersara Baharu 95 Tahun

oleh Ahmad Albab
01/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menerajui tampuk pemerintahan negara pada usia 93 tahun, secara berjenaka menyatakan bahawa umur persaraan baharu ialah 95 tahun.

Jenaka beliau itu menerima tepukan gemuruh rakyat Malaysia yang bermastautin di United Kingdom ini dalam satu perjumpaan dengan beliau di sini ada Ahad. Dr Mahathir lalu menambah bahawa beliau berharap akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang telah membelenggu negara walaupun beliau tidak berhajat untuk “duduk lama” dalam jawatan itu.

“Saya berharap saya dapat terus bekerja sehinggalah saya bersara nanti,” kata negarawan ulung itu.

Ketika ditanya sama ada isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali gembira dengan penangguhan persaraan beliau itu, Dr Mahathir berkata beliau (Siti Hasmah) tiada pilihan lain.

“Beliau sangat menyokong saya. Beliau mengikut saya ke mana jua saya pergi,” katanya yang menerima tepukan kuat para hadirin.

Siti Hasmah turut hadir pada majlis itu bersama kira-kira 500 orang rakyat Malaysia lain.

Dr Mahathir telah mengangkat sumpah jawatan sebagai pemimpin paling tua di dunia yang dipilih mengetuai sebuah kerajaan selepas gabungan Pakatan Harapan yang dipimpinnya memenangi pilihan raya umum pada Mei lalu.

Menghimbau slogan “kepimpinan melalui teladan”, Dr Mahathir berkata beliau telah menjadikan dirinya sebagai teladan dalam bekerja keras.

“Penyakit boleh membunuh anda, pekerjaan tidak. Anda bukan sahaja perlu bersenam untuk menguatkan otot-otot di badan anda, tetapi anda juga perlu membuat senaman minda untuk menguatkan minda anda,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: BersaraTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sudah menghantar surat untuk bersara daripada perkhidmatan tentera, bermula...

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd