• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar KP Finas Tiada Kaitan Audit Dalaman

oleh
11/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penstrukturan semula Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) termasuk pertukaran ketua pengarahnya tiada kaitan dengan siasatan audit dalaman melibatkan ketirisan dana bernilai RM25 juta, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata pertukaran tersebut adalah bagi membawa masuk pasukan (lembaga) baharu yang akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang bagi menstruktur semula Finas agar lebih maju pada masa depan.

”Industri filem telah berkembang dengan pesat khususnya dunia digital yang membawa filem ke tahap yang sangat berbeza. Seluruh industri ini sedang mengalami perubahan. Sebab bagi membawa masuk anggota lembaga baharu itu adalah untuk memberi idea agar Finas kekal relevan dan dapat memacu industri filem.

“Pemberhentian Ketua Pengarah dan TKP tiada kaitan dengan mana-mana siasatan. Ia proses penstrukturan dalaman. Saya tidak nyatakan mereka terlibat sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Keusahawanan e-Commerce di sini, hari ini.

Gobind Singh sebelum ini dilapor berkata Finas memerlukan penstrukturan semula secara besar-besaran bagi memastikan kelancaran tadbir urus di agensi itu dan perubahan dalaman itu penting terutama melibatkan proses penyaluran dana kerajaan.

Ketua Pengarah Finas Datuk Fauzi Ayob dan timbalannya Datuk Azmir Saifudin Mutalib dilaporkan telah dipindahkan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sementara siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan.

September lepas, media melaporkan lapan buah filem dengan geran RM1.2 juta hingga RM5 juta bagi setiap filem, gagal disiapkan dalam tempoh beberapa tahun sehingga 2016.

Gobind Singh menegaskan, lembaga baharu Finas itu juga antara lain akan berperanan menyemak kembali urusan yang telah dilakukan agensi tersebut untuk dimasukkan di dalam audit.

“Jika ada yang memerlukan perhatian polis atau SPRM, laporan akan dibuat,” katanya.

Berhubung ketirisan dana RM25 juta yang kini disiasat SPRM, Gobind Singh berkata pihaknya dalam proses untuk mengemukakan audit dalaman yang akan diperjelaskan lebih terperinci sebaik sahaja segala proses berkaitan selesai.

”Ia melibatkan banyak akaun dan mengambil masa. Kita telah mulakan audit dalaman kerana ia membabitkan isu kewangan dan sistem kewangan yang perlu dilihat semula,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: FinasGobind Singh Deo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Ikan, Sotong Naik Berikutan Hujan Di Kedah

Next Post

Jangan Panik, Tiada Perubahan Cuti Sekolah

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

23/06/2024
0

LONDON : Battersea Power Station baru-baru ini menerima kedatangan Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena acara rangkaian Perbadanan Ekonomi Digital...

Next Post

Jangan Panik, Tiada Perubahan Cuti Sekolah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd