• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Sekumpulan Penyelam Lemas Pertama Sejarah

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Tragedi enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) adalah yang pertama dalam sejarah jabatan itu melibatkan sekumpulan anggota terkorban pada satu masa.

Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid yang ditemui di Hospital Serdang di sini, berkata sebelum ini ada insiden operasi SAR yang mengorbankan anggota bomba namun jumlah terlibat adalah kecil.

“Ini kali pertama (enam anggota terkorban). Dulu pernah berlaku kes seumpama ini dan kami hilang dua anggota.

“Kita telah melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) tetapi tidak berjaya menyelamatkan mereka dan ini satu kejadian amat menyedihkan kita. Satu kes yang begitu ramai kakitangan kita terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Enam penyelam PPDA maut ketika menjalankan operasi SAR seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 9.15 malam Rabu.

Mohammad Hamdan berkata JBPM akan melihat setiap aspek kebajikan kepada keluarga dan waris mangsa termasuk dari segi pampasan dan insurans.

Beliau berkata Jabatan Forensik Hospital Serdang sedang melakukan bedah siasat ke atas kesemua mangsa.

Katanya selepas selesai urusan bedah siasat, kesemua jenazah akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk upacara penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk pengebumian.

Keenam-enam yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Katanya mangsa berasal dari Sibu, Sarawak: Tawau, Sabah; Kelantan; Port Dickson, Negeri Sembilan; dan dua dari Shah Alam, Selangor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Balakong Wong Siew Ki turut berada di hospital itu menemui waris dan anggota keluarga mangsa.

Sementara itu, Shamiza Salleh, 32, isteri seorang daripada mangsa, Adnan, berkata beliau menerima panggilan mengenai kejadian menimpa suaminya pada 11 malam.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini oleh kawan dia (Adnan). Ketika itu saya berada di rumah,” katanya.

Shamiza, bagaimanapun tidak dapat bercerita lanjut kerana terlalu sedih. – BERNAMA

Tags: Bombamati lemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hantaran Najib Meresahkan Mahathir

Next Post

Kes Rosmah: Mahkamah KL Tumpuan Media

Related Posts

Bomba Guna Water Bombing Padam Kebakaran Hutan Tebuk Panchor

Bomba Guna Water Bombing Padam Kebakaran Hutan Tebuk Panchor

02/08/2025
0

Bagan Serai: Operasi memadam kebakaran di Hutan Tebuk Panchor, Gunung Semanggol, di sini, yang masuk hari ketiga masih diteruskan, hari...

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Next Post

Kes Rosmah: Mahkamah KL Tumpuan Media

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd