• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Toyol’ Masjid Diburu Di Pulau Pinang

oleh Cj Mnh
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘TOYOL’ masjid yang giat mencuri barangan berharga milik jemaah dan masjid ketika solat Subuh kini diburu polis di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pecah tabung di sebuah masjid di kawasan itu, pihak pengurusan menyedari kejadian itu ketika jemaah datang untuk solat Subuh jam 6 pagi Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat pada jam 1.20 petang semalam.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati aksi suspek lelaki berusia 20-an berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid.

“Pihak pengurusan masjid tidak dapat menentukan kerugian kerana wang berada di dalam tabung.

“Polis kini menggiatkan usaha memburu suspek dan memohon orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sementara itu, polis juga giat memburu dua lelaki yang bertindak mencuri beg sandang seorang wanita di Masjid Jamek Tasek Gelugor.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi semalam itu, wanita berkenaan menyedari beg sandang miliknya berisi wang tunai RM370 dan dokumen pengenalan diri hilang sejurus mengerjakan solat subuh.

“Wanita itu hanya mengesyaki sebuah kereta jenis Proton Iswara merah dinaiki dua lelaki yang bergegas meninggalkan masjid sejurus solat.

“CCTV masjid di bahagian solat wanita tidak berfungsi dengan baik dan usaha memburu dua lelaki berkenaan sedang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – MyMetro

Tags: tabung masjidTOYOL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Cari 7 Suspek Kes Bunuh Lelaki Di Miri

Next Post

10 Dikhuatiri Tertimbus Tanah Runtuh Di P.Pinang

Related Posts

Kutipan 10% Tabung Masjid Tak Wajar – GPMS Pulau Pinang

09/08/2019
0

PULAU PINANG - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri menyifatkan arahan supaya masjid di seluruh negeri ini menyerahkan sebanyak 10...

Lelaki Curi Duit Tabung Masjid Dimandi Seperti Jenazah

14/05/2019
0

JOHOR BAHRU - Lelaki yang tular dalam sebuah video yang menunjukkannya diikat serta disiram air atas tempat mandi jenazah oleh...

Next Post

10 Dikhuatiri Tertimbus Tanah Runtuh Di P.Pinang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd