• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkatkan Kesedaran Penjagaan Paliatif

oleh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya orang ramai meningkatkan kesedaran tentang peranan golongan yang terlibat dengan penjagaan paliatif, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,​ Hannah Yeoh.

Beliau berkata orang ramai perlu sedar bahawa setakat ini, penjagaan paliatif tidak dibincangkan dengan secukupnya, sedangkan pada masa akan datang, jumlah mereka yang memerlukan penjagaan itu pasti bertambah.

“Saya rasa, selalunya, apabila anggota keluarga jatuh sakit dan setelah dirawat di hospital, mereka memerlukan penjagaan khas di rumah. Oleh kerana kebanyakan kita bekerja, maka kita menghadapi kesukaran untuk membuat keputusan siapakah yang akan menjaga orang yang kita sayangi itu…adakah kita perlu mengupah pembantu rumah untuk menjaga mereka?

“Wujudkah organisasi yang menyediakan perkhidmatan seperti itu dan oleh demikian, kini tibalah masanya kita mula berbincang tentang penjagaan paliatif. Oleh kerana tiada perbincangan secukupnya tentang perkara itu, maka orang ramai tidak mempunyai akses kepada maklumat berkaitannya” kata Yeoh selepas melancarkan kempen ‘Speak Up – There’s an Elephant in the Room’ anjuran Hospis Malaysia, di sini hari ini.

Penjagaan paliatif adalah perkhidmatan yang menyediakan sokongan lapisan tambahan untuk pesakit, keluarga mereka dan pemberi penjagaan bagi setiap peringkat penyakit berbahaya yang dialami seseorang seperti kanser, kegagalan organ, HIV/AIDS atau gangguan neurologi progresif.

Hospis Malaysia adalah sebuah pasukan klinikal penjagaan paliatif yang meneroka matlamat pesakit dan membantu mereka memahami opsyen rawatan masing-masing.

Kempen itu bertujuan menggalakkan orang ramai menyokong dan mendengar suara hati orang yang mereka sayangi, yang sedang mengalami penyakit serius agar mereka berasa dihargai dan diberi perhatian.

Kempen itu, yang menggunakan bidalan Inggeris ‘elephant in the room’, bertujuan menggalakkan orang ramai memberi sokongan dan mendengar suara hati orang tersayang yang sedang menderita penyakit serius.

Sempena kempen itu, orang ramai berpeluang menangkap 10 ukiran anak gajah diberi nama Cik Gajah dalam siri edisi terhad yang dihasilkan berdasarkan lukisan pelukis terkenal Malaysia, Mohd Yusof Ismail atau ‘Yusof Gajah’,.

Ukiran itu dipamerkan di KLCC Park Esplanade hingga 14 Okt ini dan akan dipindahkan ke Suria KLCC serta diletakkan di lokasi strategik di pusat beli-belah berkenaan dari pertengahan Oktober ini hingga April tahun depan bagi menarik perhatian orang ramai tentang kepentingan meningkatkan kesedaran berkaitan penjagaan paliatif. – BERNAMA

Tags: Hannah Yeoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu, kata...

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd