• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tilawah Al-Quran Serlah Kebolehan Pelajar Istimewa

oleh Ahmad Albab
19/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) Pendidikan Khas Kebangsaan yang berlangsung sejak 16 Okt lepas dan berakhir semalam di negeri ini menyerlahkan kebolehan lebih 600 pelajar istimewa yang menyertainya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Muhammad Zahari Othman berkata ia membuktikan kekurangan bukan halangan untuk pelajar istimewa menguasai al-Quran seperti pelajar normal lain apabila mendapat tunjuk ajar yang baik daripada pendidik.

“Sebagai tuan rumah, saya bangga melihat kesungguhan dan keupayaan yang ditunjukkan semua pelajar istimewa ini malah mereka jauh mengatasi pelajar normal lain dari segi penguasaan bacaan dan hafazan al- Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada MTAQ Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2018 yang dirasmikan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia Shaari Osman di sini, malam tadi.

Seramai 602 peserta dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam MTAQ membabitkan enam acara utama iaitu tilawah, hafazan, nasyid, khat, bercerita dan syarahan kategori rendah dan menengah.

Kontinjen Kuala Lumpur muncul sebagai johan keseluruhan selepas menjuarai lima acara yang dipertandingkan dengan kutipan keseluruhan 24 mata.

Mereka merangkul johan tilawah al-Quran pelajar masalah pembelajaran kategori lelaki sekolah rendah, johan tilawah masalah penglihatan lelaki dan perempuan sekolah menengah, johan bercerita masalah pendengaran lelaki dan perempuan sekolah menengah, johan syarahan perempuan sekolah menengah dan johan nasyid.

Sementara itu, johan tilawah al-Quran masalah penglihatan sekolah menengah, Muhammad Syafi Izwan Mohd Suhaimi, 18, berkata beliau mula mempelajari al-Quran secara mendengar melalui kaset sejak berumur tujuh tahun.

“Ayah selalu belikan kaset bacaan al-Quran untuk saya dengar dan belajar. Sejak dari situ saya mula berminat untuk menguasai bacaan dan taranum,” katanya.

Katanya ia adalah kemenangan kedua yang diperolehnya selepas pernah menjadi juara tilawah peringkat sekolah rendah pada 2013.

Dalam pada itu, juara bercerita kategori masalah pembelajaran Siti Aishah Mohamad Daud, 10, tidak menjadikan kekurangannya yang cacat anggota dan tidak dapat berjalan sebagai halangan untuk berjaya.

Siti Aishah yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tamarakan, Kajang, Selangor pernah mengalami patah tulang lebih 20 kali akibat tulang rapuh mencatat sejarah peribadi apabila memenangi acara itu buat kali keempat tahun ini. – BERNAMA

Tags: pendidikan khasTilawah Al-Quran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Ainuddin Hilmi Meninggal Dunia

20/10/2021
0

KOTA BHARU: Johan qari tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa ke-58 pada 2016, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah meninggal dunia pada...

Qari Kelantan, Qariah Perak Johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan

22/02/2020
0

KOTA KINABALU - Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid masing-masing dinobatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd