• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Beranak Diikat, Dirompak

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Sepasang suami isteri bersama-sama seorang anaknya disamun tiga lelaki warga asing rumah mereka di Taman Gembira, Rimba Terjun di sini pukul 3 pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, pasangan tersebut sedang nyenyak tidur sebelum tiga perompak memecah masuk dengan memotong gerigi pintu masuk utama.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, ketiga-tiga mangsa kemudian diikat perompak yang bersenjatakan pisau dan parang.

“Perompak meminta menyerahkan wang tunai dan barang berharga. Pisau pemotong dan parang digunakan kesemua suspek untuk menyamun mangsa yang dipercayai telah diikat tangan.

“Penjenayah kemudian melarikan tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM4,000, empat bentuk cincin emas, seutas rantai emas dan tiga utas jam tangan. Dianggarkan nilai kerugian sebanyak RM8,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustafa Bakri berkata, polis percaya kesemua suspek adalah warganegara Indonesia berdasarkan dialek percakapan mereka dengan mangsa.

Beliau memberitahu, kesemua suspek berpakaian gelap memakai topeng muka dengan hanya menampakkan mata dan bersarung tangan.

“Keluarga mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun mereka masih lagi trauma dengan kejadian samun yang berlaku itu,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek giat diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata. – UTUSAN ONLINE

Tags: DiikatDirompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bilik Kucing Peliharaan Keluarga Ahmad Zahid Terbakar

Agensi Pelancongan Dirompak Perompak, Polis

22/04/2023
0

BUENOS AIRES – Sebuah agensi pelancongan di Argentina mengalami nasib malang apabila dirompak dua kali dalam masa satu hari oleh...

Anak Enggan Ke Sekolah Dirantai Di Tong Gas

08/10/2017
0

KUANTAN - Seorang bapa sanggup bertindak di luar batas perikemanusiaan dengan tergamak merantai anaknya berusia 10 tahun pada tong gas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd