• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TFC II Rangkul Edisi Sulung Piala Cabaran 2018

oleh
15/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) muncul juara edisi sulung Piala Cabaran 2018 selepas menewaskan UKM FC, 4-2 (agregat) dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.

Kejayaan skuad itu sekali gus berjaya mengubati duka mereka selepas tersingkir ke Liga FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) musim depan apabila menghuni tangga tercorot Liga Perdana musim ini.

TFC II bermula garang dan melakukan percubaan menarik melalui percubaan Bruno Suzuki seawal minit ketiga tetapi tidak berjaya.

Skuad kendalian Sulaiman Hussin turut membalas asakan dan berpeluang membuka tirai jaringan menerusi rembatan Mohd Irwan Syazmin Wahab dari luar kotak penalti pada minit keempat dan seminit kemudian melalui tolakan Sein Nam, namun kedua-dua cubaan tersebut gagal menerjah ke jaring gol.

Pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-21 apabila Akanni Sunday Wasiu yang tidak dikawal bijak menanduk masuk hasil hantaran Andrew Anderson.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Tengku Hazman Raja Hassan menambah asakan dan menambah jaringan kedua menerusi Wasiu apabila merembat kencang dalam kotak penalti pada minit ke-53 dan kedudukan itu kekal hingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan itu, skuad TFC II menerima hadiah RM250,000 manakala UKM FC sekadar berpuas hati membawa pulang RM75,000.

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. – BERNAMA

Tags: Piala Cabaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Cabaran: P.Pinang Akur Tunduk Pada JDT II

13/09/2018
0

BATU KAWAN - Johor Darul Ta’zim (JDT) II, berpesta gol selepas membenam Pulau Pinang 5-1 di Stadium Negeri Batu Kawan...

Piala Cabaran: ATM Benam P.Pinang Tanpa Awang Import

09/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencipta kejutan dalam aksi sulungnya di saingan Piala Cabaran 2018, apabila menewaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd