• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tewas Di Selangor, Rafizi Masih Peluang Menang?

oleh Ahmad Albab
30/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Keputusan di Selangor bukan gambaran bahawa calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan tewas dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan PKR yang hanya berbaki dua negeri sahaja lagi, Sabah dan Sarawak.

Ketua AMK dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, apa yang berlaku di Selangor memang telah dijangka sejak awal dan bukan gambaran keseluruhan sokongan ahli kepada Rafizi.

“Sokongan ahli di Selangor terhadap Azmin memang kita tahu, kuat.. Tapi apa yang lebih menarik di sini adalah jumlah perbezaan undi dah tak jauh, lebih kurang seribu lebih sahaja.

“Saingan sangat sengit tapi ini sesuatu yang baik. Dan peluang untuk (Rafizi) menang masih ada, peluang di Sabah dan Sarawak cerah,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Nazmi berkata, walaupun sebelum ini ketika pemerintahan kerajaan dahulu, Rafizi dilarang masuk ke Sabah dan Sarawak oleh kerajaan negeri, namun ahli parti diperingkat akar umbi sentiasa mengikuti perkembangan Rafizi.

“Rafizi tak dapat masuk ke dua negeri itu sebelum ini tapi ahli sentias mengikuti perkembangannya melalui media sosial.

“Dia (Rafizi) ada pengikutnya tersendiri terutamanya apabila beliau membuat banyak pendedahan antaranya berkaitan isu 1MDB.

“Jadi saya tidak melihat halangan terhadap beliau sebelum ini satu kelemahan kepadanya kerana orang sana (Sabah dan Sarawak) cukup kenal siapa Rafizi,” katanya.

Terdahulu Rafizi gagal menggugat pengaruh Azmin di Selangor apabila hanya menang enam daripada 21 cabang PKR Selangor. Dan sehingga kini, jumlah keputusan undi tidak rasmi Azmin mendahului sebanyak 50,685 dan Rafizi 49,639 dengan majoriti 1,046. – Sinar Harian Online

Tags: Azmin AliRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendakwa Raya Arab Saudi Tiba Di Istanbul

Next Post

Ronaldo Atasi Selena Sebagai Ramai Pengikut

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

24/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi tidak kelihatan di hari...

Next Post

Ronaldo Atasi Selena Sebagai Ramai Pengikut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd