• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertekan Dengan Ah Long Selepas Tewas Judi

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang petani membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub semalam kerana berasa keselamatannya terancam selepas dia gagal melunaskan pinjaman RM30,000 daripada seorang ah long untuk berjudi di Genting Highlands, bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 43 tahun itu mendakwa kerap dihubungi ah long yang dikenali sebagai “Ah Wei” itu selepas dia gagal membuat bayaran ekoran kalah dalam pertaruhannya.

Mohd Wazir menambah, mangsa juga telah mencagarkan keretanya jenis Proton Wira kepada suspek sebagai jaminan untuk mendapatkan pinjaman itu pada 16 Sept lalu.

“Mangsa mendakwa mengenali ah long itu di sebuah kasino pada 1 Sept apabila dia meminjam RM20,000 dengan syarat 20 peratus daripada wang kemenangan perlu diberikan kepada Ah Wei.

“Pada hari yang sama, mangsa telah menjelaskan pinjaman sebanyak RM10,000 manakala RM13,000 lagi dibayar pada 12 Sept. Keadaan itu menyebabkan mangsa membuat pinjaman kali kedua,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah, mangsa akhirnya membuat laporan polis semalam kerana berasa terancam dengan panggilan suspek, selain mahu mendapatkan semula keretanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kerana menjalankan aktiviti perniagaan pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Ah LongPetani
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Status Hubungan Malaysia-Saudi Dijelas Dalam Masa Terdekat

Next Post

MAIPs Terus Tumpu Kemajuan Umat Islam Perlis

Related Posts

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

07/09/2023
0

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa...

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

17/07/2023
0

Kuala Lumpur : Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman dengan Along sebanyak RM51,000 awal tahun ini....

Next Post

MAIPs Terus Tumpu Kemajuan Umat Islam Perlis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd