• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ternakan Ikan Air Tawar Hadapi Musim Tengkujuh

oleh Ahmad Albab
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Projek penambahbaikan penternakan ikan air tawar di Kampung Pantai Ali di sini memberi kelegaan kepada 26 pengusaha ikan sangkar untuk berdepan musim tengkujuh tidak lama lagi.

Di bawah projek yang dimulakan bulan lepas itu, sebanyak 16 unit sauh (pemberat konkrit) telah diturunkan ke dasar sungai selain penanaman cerucuk bertujuan mengelak sangkar hanyut dan mengurangkan risiko sangkar ikan rosak.

Seorang pengusaha, Zakaria Ismail, 61, berkata sebelum ini setiap kali tiba musim tengkujuh, para penternak berdepan isu kerosakan pusat sangkar disebabkan hentaman kayu besar atau benda hanyut akibat banjir.

“Namun dengan adanya sauh itu nanti, sangkar ikan akan lebih stabil dan tidak hanyut ke tengah sungai,” katanya kepada Bernama di sini.

Ketika ini, terdapat 230 sangkar yang diusahakan 26 penduduk setempat di kawasan itu yang kebanyakannya menternak ikan tilapia, patin dan lampam yang dijual kepada pemborong dari Temerloh, Pahang serta pemborong di sekitar Terengganu.

Terengganu dijangka mula mengalami Monsun Timur Laut pada awal November ini dan berlarutan sehingga awal Februari 2019.

Seorang lagi pengusaha ikan, Mohd Faizal Mohamad, 32, berkata setiap kali musim tengkujuh tiba, mereka pasti akan mengalami sedikit kerugian akibat kerosakan pukat yang menyebabkan ikan diternak keluar dari sangkar.

“Namun, ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus bekerja pada musim tengkujuh kerana lebih baik rugi sedikit daripada duduk berpeluk tubuh sahaja, lagipun saya ada kemahiran menjahit pukat dengan upah antara RM90 hingga RM100 untuk satu sangkar sebagai pendapatan sampingan,” katanya.

Bagi Jamal Abdullah, 43, yang mengusahakan lima sangkar pula, bersyukur dengan bimbingan dan khidmat nasihat yang diberi Jabatan Perikanan Negeri Terengganu kepada mereka selama ini.

“Kerajaan banyak bantu kami dalam projek penternakan ikan air tawar ini dan sentiasa turun padang memahami permasalahan kami terutama untuk menghadapi tengkujuh pada bulan depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ikan Air Tawarmusim tengkujuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPM Tiba Di Brussels Hadiri Sidang Kemuncak ASEM

Next Post

Usah Buat Spekulasi Penahanan Ahmad Zahid – Mohamad

Related Posts

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

29/11/2022
0

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim Hidroelektrik Sungai Perak dan Skim Hidroelektrik...

Pemuda UMNO Cadang PRU15 Lebih Awal Sebelum Musim Tengkujuh

Pemuda UMNO Cadang PRU15 Lebih Awal Sebelum Musim Tengkujuh

22/09/2022
0

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU) tidak diadakan semasa musim tengkujuh tahun ini....

Next Post

Usah Buat Spekulasi Penahanan Ahmad Zahid - Mohamad

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd