• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Sedia Larang Beg Plastik Tahun Depan

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan melaksanakan larangan penggunaan beg plastik bermula tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak.

Katanya, sebagai permulaan larangan akan dibuat secara berperingkat dengan melibatkan semua pasaraya dan restoran, sebagai sokongan kepada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang mensasarkan sifar penggunaan beg plastik.

”Sekarang ini kerajaan negeri telah pun mengadakan kempen melarang menggunakan beg plastik melibatkan beberapa buah pasaraya dan tidak disediakan (beg plastik) pada setiap Sabtu. Jika mereka mahu juga beg plastik, mereka dikenakan bayaran sebanyak 20 sen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Cakna Alam Sekitar sempena Hari Alam Sekitar Negara 2018, di sini hari ini.

Alias berkata kerajaan negeri akan turut mengambil pendekatan mendidik masyarakat dan pada tahun depan sekiranya masih ada yang berdegil, mereka terpaksa membeli beg mesra alam yang dijual di pasaraya terbabit.

Sementara itu mengenai larangan merokok di tempat awam, Alias berkata, kerajaan negeri telah pun mengambil langkah awal sebelum ini dengan menggazetkan beberapa kawasan sebagai larangan merokok terutama di restoran dan taman awam seperti di Pantai Batu Burok.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan berlaku kelonggaran dalam penguatkuasaan hingga menyebabkan ianya masih berlaku namun memberi jaminan langkah lebih proaktif akan dilaksanakan dalam menanggani perkara itu termasuk mengenakan denda. – BERNAMA

Tags: beg plastikTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd