• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Sasar Nilai Jualan RM50K Road To MAHA

oleh Cj Mnh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu menyasarkan nilai jualan menjangkau RM500,000 daripada program Road To MAHA 2018 yang berlangsung hari ini sehingga Sabtu di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Manir, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata program bagi mempromosikan Ekspo Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) pada 22 Nov hingga 22 Dis di MAEPS Serdang itu nanti turut menyasarkan kehadiran 50,000 pengunjung selama tiga hari ia berlangsung.

Beliau berkata sepanjang program, pengunjung akan dapat menikmati pelbagai aktiviti dan pameran pertanian di 70 gerai yang melibatkan para peladang, penternak, nelayan serta pelbagai agensi yang terlibat dalam sektor pertanian.

“Kita turut menyajikan acara-acara sampingan lain seperti forum agama bertajuk Rezeki Seluas Dunia, pameran dan pertandingan lembu, pameran penyu comel, demonstrasi dan jualan sate ikan Aye (ikan tongkol) dan jualan “happy hour” produk pertanian terpilih selama 10 minit setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di penghujung majlis perasmian program itu yang disempurnakan oleh Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, dan yang urut hadir di majlis hari ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk A Rahman Yahya.

Mengulas lanjut mengenai jualan ‘happy hour’, beliau berkata antara produk yang akan dijual ialah hasil laut, barangan keperluan harian seperti kentang, bawang merah dan bawang besar, Melon Manis Terengganu, telur masin dan barangan kawalan seperti tepung gandum dan gula.

“Jualan diadakan pada masa tertentu bermula 11 pagi hingga 9 malam setiap hari (kecuali hari ini) dan kesemua produk berkenaan dijual 10 peratus lebih murah dari harga di pasaran,” katanya.

Program dwitahunan itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan antaranya Jabatan Pertanian, FAMA, LKIM, Jabatan Perikanan, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MARDI, IADA Ketara, Lembaga Pertubuhan Peladang, Agro Bank, TEKUN dan JPS. – BERNAMA

Tags: MARDITerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd