• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terapi Seni, Bantuan Psikologi Pasca Bencana Palu

oleh
27/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALU (Sulawesi Tengah) – Mangsa gempa bumi dan tsunami Sulawesi terus diberi perhatian sepenuhnya melalui bantuan psikologi dan penyembuhan trauma.

Kaunselor Pelatih Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakruradzi Abdullah berkata selain bekalan makanan dan air bersih, bantuan psikologi turut diberikan dengan segera bagi mengelakkan mangsa mengalami luka psikologi yang mendalam.

“Antara aktiviti yang kami lakukan adalah terapi seni di mana mereka dapat menjadikan ia medium untuk meluahkan perasaan. Daripada lukisan tersebut, kami dapt menilai jika mereka mengalami trauma yang serius,” kata beliau ketika ditemui Bernama di sini.

Fakruradzi yang juga merupakan sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia menjelaskan, terdapat dua golongan sasar yang menerima rawatan psikologi iaitu kanak-kanak bawah umur lima tahun dan remaja.

Sementara itu, Ketua Misi GPM Malaysia, Shahrir Azfar Saleh berkata program seperti terapi seni menjadi keutamaan pihaknya dalam memastikan bantuan diberikan secara menyeluruh.

“Kami akan berinteraksi dengan mereka di lapangan dengan aktiviti-aktiviti memberangsangkan supaya masa mereka terisi. Kita raikan mereka agar mereka tidak terlalu memikirkan kejadian lalu,” katanya.

Tambah beliau, kaedah terapi seni dan kaunseling berkelompok yang dilakukan dapat mengetahui tahap kesihatan mental mereka di peringkat awal.

Selain rawatan penyembuhan trauma dan kaunseling, beliau berkata sokongan keluarga, masyarakat dan aktiviti kerohanian dapat membantu mangsa mengatasi trauma yang dialami.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan bantuan boleh ke laman sesawang www.billplz.com/gempasulawesi atau deposit kepada akaun GLOBAL PEACE MISSION, Maybank : 5642 2161 1602, atau Bank Islam : 1402 3010 02922 4. – BERNAMA

Tags: gempa bumiTsunami
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd