• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tawar RM1.8 Juta Untuk Maklumat Bebas Bilionair

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAR ES SALAAM – Keluarga bilionair termuda Afrika hari ini menawarkan satu bilion shilling (RM1.8 juta) kepada mana-mana pihak yang dapat beri maklumat yang dapat bantu membebaskan hartawan itu daripada tangan penculik.

Mohammed Dewji yang juga seorang bekas ahli perundangan diculik di tengah kota ini minggu lalu.

Dewji adalah pemilik dan juga presiden syarikat Mohammed Enterprises Tanzania Ltd (METL Group).

Dia diculik sebaik tiba dekat sebuah hotel mewah di ibu negara Tanzania ini untuk melakukan senaman pagi.

Polis berkata, dua lelaki menculik Dewji ketika dia memasuki hotel berkenaan dan pengawal yang berkawal dekat pos keselamatan sedang disiasat sama ada terbabit, selain saksi lain.

“Bagi memperhebat usaha mendapatkan semula beliau, keluarganya mengumumkan hadiah satu bilion shilling kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat bagi membantu pembebasannya dengan segera,” kata jurucakap keluarga itu, Azim Dewji.

Dewji memberitahu wartawan, keluarga terbabit akan melindungi maklumat yang diberi termasuk pemberi maklumat.

Mohammed Dewji terpilih ke Parlimen sebagai sekutu kepada parti pemerintah CCM tetapi tidak mendapatkan mandat baru melalui pemilihan semula pada pengundian 2015.

METL Group mempunyai lebih 30 kilang menghasilkan produk pengguna termasuk basikal, sabun basuh, minyak masak dan minuman botol.

Ia juga melakukan pelaburan dalam bidang pertanian, infrastruktur, tenaga dan telefon bimbit. Syarikat itu beroperasi di 11 negara Afrika, kebanyakannya di Afrika Timur.

Pada 2015, Dewji berkata, syarikatnya memperoleh keuntungan sebanyak AS$2 bilion (RM8.3 bilion) selain mempunyai 24,000 pekerja. – Reuters

Tags: culikmaklumat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Denda 100 Kali Ganda Gagal Baiki Jalan

Next Post

Pukul Isteri Kedua, Jaga Dipenjara 6 Bulan

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Next Post

Pukul Isteri Kedua, Jaga Dipenjara 6 Bulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd