• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tam Suka Kopi O, Roti Canai

oleh
17/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kebiasaan makanan lembu adalah rumput atau dedak, namun bagi seekor lembu betina bernama ‘Tam’ di Kampung Batu 14, Pokok Sena di sini, ia gemar memakan biskut, roti canai dan minum kopi O.

Menurut pemilik lembu terbabit, Abdul Mutalib Chin, 55, lembunya akan ke halaman rumahnya setiap petang untuk menikmati hidangan berkenaan, sejak setahun lalu.

Katanya, Tam yang berusia 30 bulan mula makan makanan itu lebih setahun lalu apabila dia masuk ke ruang tamu luar dan makan biskut yang terhidang di atas meja.

“Ketika itu saya sekeluarga tak perasan Tam sudah masuk ke dalam ruang tamu. Apabila saya tengok semua biskut habis dimakannya. Sejak itulah, setiap petang dia akan datang ke sini dan saya sendiri akan menyuap beberapa jenis biskut dan juga roti canai.

“Sebelah pagi, Tam akan makan rumput seperti biasa bersama ibunya di belakang rumah saya. Cuma petang, seleranya akan bertukar.

“Selepas selesai makan biskut atau roti canai, Tam akan minum kopi O panas ataupun teh di dalam mangkuk besar,” kata bekas pesara tentera ini.

Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Pakcik Lid berkata, dia menyayangi Tam dan menjaga seperti anaknya sendiri.

Katanya, Tam juga mempunyai sifat seperti manusia dan suka bermain dengan kanak-kanak selain sentiasa prihatin dengan keadaan ibunya seperti cerita karikatur Ferdinand.

“Kalau saya panggil, dia akan segera datang, malah dia akan berteriak jika ibunya lapar dan terkena terik matahari. Jika saya lambat ke belakang rumah, dia akan datang memanggil saya.

“Sifat kasih sayang Tam sungguh luar biasa, saya tidak sanggup untuk menambat Tam dan jauh sekali untuk menyembelih ia untuk kenduri atau jamuan. Walaupun Tam berkulit hitam dan kelihatan bengis tapi dia sebenarnya sangat manja dan kasih sayang antara kami sangat kuat,” katanya.

Bagaimanapun Pakcik Lid berkata, lembu seberat 150 kilogram itu agak penakut dengan seekor kucing yang dibelanya malah Tam akan lari jika ternampak kucing itu keluar rumah. – BH Online

Tags: Lembu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkhidmatan YouTube Alami Gangguan

Next Post

Tiada Pelan Ganti Bas Perantara Di Stesen MRT

Related Posts

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

Langgar Mati 6 Ekor Lembu Serentak

Langgar Mati 6 Ekor Lembu Serentak

22/06/2024
0

Alor Gajah : Pemandu syarikat pengangkutan berdepan detik cemas apabila treler dipandu merempuh mati enam ekor lembu serentak di Jalan...

Next Post

Tiada Pelan Ganti Bas Perantara Di Stesen MRT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd