• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syafiq Bekal Momentum Positif Ke Batu Kawan

oleh
25/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA podium berturut-turut dalam saingan kelas CP115 menjadi bekalan positif buat Md Syafiq Rosli untuk menghadapi pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 dan 28 Oktober ini.

Pelumba Elf Koyoko Honda KC Racing itu muncul pemenang tempat ketiga sewaktu pusingan keenam di Perlis dan pusingan lepas di Terengganu yang menyaksikannya muncul pelumba tunggal memacu jentera Honda ke pentas podium.

“Pada peringkat awal musim, prestasi saya tidak begitu konsisten apabila sekadar menamatkan saingan di kelompok pertengahan. Namun keadaan semakin baik pada penghujung musim ini dan saya berharap dapat mengekalkan momentum serupa di Batu Kawan nanti,” jelas Syafiq.

Selepas tujuh perlumbaan, Syafiq kini menghuni tangga ketujuh keseluruhan dengan 59 mata namun tidak mampu mencabar takhta keseluruhan yang kini dipegang oleh Tengku Amirul Haffirudin dengan 163 mata ketika perlumbaan hanya berbaki tiga pusingan sahaja lagi.

“Peluang untuk mengejar gelaran pendahulu memang sudah tertutup tapi saya berharap dapat menyekat Tengku Amirul daripada terus memenangi perlumbaan, atau setidak-tidaknya dapat memperbaiki kedudukan ketika ini dan dapat berada di atas podium lagi.

“Mudah-mudahan pasukan sekali lagi dapat membekalkan jentera terbaik kepada saya kerana bukan mudah untuk saya menyekat penguasaan barisan-barisan pelumba Yamaha yang menguasai perlumbaan musim ini tanpa bantuan pelumba Honda yang lain dan jentera yang terbaik.” – MYNEWSHUB.TV

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd