• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Ibrahim Dukacita Ada Pihak Sengaja Fitnah

oleh
03/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berdukacita dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap keluarga diraja Johor berhubung pengambilan tanah sebuah sekolah agama swasta di sini.

Menerusi catatan dalam laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah, fitnah itu yang mendakwa kononnya keluarga diraja Johor mengambil tanah sebuah sekolah agama swasta di Johor Bahru, kini tular dalam laman media sosial.

Ia juga, menurut baginda, sengaja disebarkan dalam media sosial meskipun berita berkenaan tidak benar.

“Jangan senang sangat membuat apa-apa atau sebarang kenyataan tanpa merujuk terhadap mereka yang berkaitan (officials) atau kerajaan dahulu” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) seperti tercatat dalam laman Facebook rasmi baginda itu, malam ini.

RPO adalah pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor.

Menerusi catatan Facebook itu, turut dilampirkan sekeping gambar tangkap layar yang menunjukkan akaun Twitter milik individu bernama @ArieCadaver yang mengeluarkan dakwaan berkenaan.

@ArieCadaver dalam titipan Twitternya itu mendakwa kerana isu pengambil alihan tanah itu, sekolah agama yang menjadi sepupunya bersekolah kini terpaksa dipindahkan pada tahun hadapan.

Turut dimuatnaik dalam catatan Facebook itu, satu kenyataan mengenai penjelasan status tapak tanah sekolah itu termasuk mana-mana pihak yang ingin membuat ulasan mengenai status tapak sekolah itu seharusnya menyemak fakta yang diperoleh terlebih dahulu. – BERNAMA

Tags: Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azmin Bakal PM Ke-8, Anwar Balik Ke Penjara?

Next Post

Mengarutlah Saya Tawar RM3.5 Juta – Najib

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

Next Post

Mengarutlah Saya Tawar RM3.5 Juta - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd