• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah Sihat Tapi Perlu Rawatan Susulan – Fendy

oleh Ahmad Albab
11/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Fendy Bakry masih perlu menjalani rawatan susulan biarpun keadaan kesihatanya semakin baik.

Fendy, 30, berkata dia kini hanya menunggu panggilan dari pihak hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

“Alhamdulillah keadaan saya semakin sihat. Saya pun dah boleh mula menjalani penggambaran. Sekarang memang dah betul-betul baik.

“Untuk pemeriksaan selanjutnya tu sudah tentu akan saya lakukan. Sebab doktor pun tak akan lepaskan pesakitnya begitu sahaja.

“Sekarang ini, saya masih menunggu panggilan dari pihak hospital untuk rawatan seterusnya,” Kata Fendy kepada mStar Online.

Fendy ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan lemah badan sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station pada April lalu.


Fendy memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular di ABPBH31. Foto: FAIHAN GHANI.

Menerusi laporan mStar Online pada 26 April lalu, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

Dalam pada itu, pemenang anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABPBH31 ini sudah boleh menerima tawaran berlakon untuk drama bersiri selepas beberapa bulan terlantar sakit.

“Sebelum ini, bila keluar hospital saya hanya boleh ambil tawaran untuk berlakon telemovie dan menerima undangan ke acara hiburan sahaja.

“Baru sekarang saya ini betul-betul dah sihat barulah boleh terima tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri,” ujarnya yang tidak berkongsi penyakit sebenar dihadapinya. – mStar Online

Tags: ABPBHFENDY BAKRY
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Ramai Artis Ternama Tarik Diri Pada ABPBH34?

04/10/2021
0

ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) mula diperkenalkan pada tahun 1987 dengan hanya tujuh kategori dipertandingkan ketika itu. Secara perlahan-lahan,...

Tanpa ‘Cue Card’, Fauziah Puji Janna Mengacara

09/10/2018
0

KETIKA netizen mengkritik cara Janna Nick mengacara di majlis Anugerah Bintang Popular 2018 (ABPBH), primadona Fauziah Nawi pula memberi pujian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd